Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu

Sebelum masuk bab kuih apam Puteri Ayu hari ini, meh kita citer citer dulu pasal isu semasa sekarang ini iaitu COVID 19. COVID 19 ini telah mencemaskan banyak majikan bila staf yang melakukan perjalanan ke luar negara telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah. 

Virus ini telah merebak dengan cepat. Bayangkan kes ke 26, pegawai tinggi Khazanah yang positif COVID 19 setelah balik dari meeting di Shanghai telah pula menghadiri banyak meeting dan majlis di hotel dengan orang orang kenamaan yang lain. Akibatnya beberapa orang telah dijangkiti dan disahkan positif termasuk pegawai tertinggi sebuah kementerian yang merupakan degree pertama. 

Semua staf yang contact dengan pegawai tertinggi tersebut telah dibawa ke Hospital Sg Buloh untuk pemeriksaan. Berkaitan dengan hal yang sama, seorang sahabat saya yang merupakan degree ketiga juga telah diminta kuarantin di rumah sehingga melepasi tempoh 14 hari. 

Sebenarnya bukan mudah untuk mengawal wabak yang berkait dengan pergerakan manusia. Jadi apa yang perlu kita semua lakukan ialah berdoa semoga kita semua, negara kita dijauhi dari bahaya wabak ini. Semua penyakit, virus dsb datang dari Allah, penyembuhan juga dari Allah. Semuanya dari Allah. Ianya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Kembali lah kepada Allah dengan memohon dan berdoa kepadaNya.

Kuih Puteri Ayu Azie Kitchen

Puteri Ayu ini disediakan pada hari yang sama dengan kuih apam tembikai di SINI. Saya menggunakan resepi yang sama, yang membezakan hanyalah satu menggunakan kelapa parut muda dan apam tembikai hanya ditaburkan bijan hitam.

Satu adunan dapat banyak biji kuih apam. Kalau tak silap dalam 24 biji untuk apam tembikai dan puteri ayu. Yang pasti 20 biji. Jadi kalau keluarga kecil, mungkin boleh buat separuh sahaja. Apa apa pun saya suka kuih puteri ayu. Pertama kali saya melihat kuih ini ketika arwah Bonda Mertua membuat majlis melenggang perut waktu saya mengandungkan anak pertama. 

Sejak itu, saya terus berazam untuk membuatnya sendiri satu masa nanti. Saya kemudian mencari acuan kuih puteri ayu walaupun saya membuatnya 25 tahun kemudian. Boleh lihat resepi sebelum ini dan baca kisahnya di SINI.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Puteri Ayu Azie Kitchen

Kuih Seri Ayu

Bahan bahan:
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil ovalette
¾ cawan santan
¼ cawan jus pandan
Pewarna hijau - opsyenal
esen vanilla - opsyenal
2 cawan tepung gandum

Lapisan Kelapa:
½ cawan kelapa parut muda
½ sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum

Cara cara:
Pukul gula kaster dan telur sehingga betul betul kembang. Masukkan ovellet dan pukul lagi sehingga adunan menjadi putih dan ringan.

Masukkan esen vanilla, santan, jus pandan dan putar seketika.

Masukkan tepung yang telah diayak dan putar seketika dengan kelajuan rendah atau boleh dikaup balik sahaja bagi mengelakkan apam menjadi keras. Nota: Boleh masukkan sedikit pewarna hijau, jika suka.

Lenser sedikit minyak pada acuan. Masukkan lapisan kelapa dan ditekan tekan sedikit. Tuang adunan hijau di atasnya. Susun di dalam periuk pengukus.

Kuih Puteri Ayu Azie Kitchen

Kuih Puteri Ayu Azie Kitchen

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dan kukus dengan api sederhana utnuk mengelak apam menjadi merekah.

Kuih Puteri Ayu Azie Kitchen

Kuih Puteri Ayu Azie Kitchen

Nota:
Jika ingin membuat apam tembikau, bolehlah diasingkan warna asli dan juga untuk warna merah. 



6 ulasan for "Kuih Puteri Ayu"

  1. Saya suka dengan resepi kak azie.. Semua resepi kak azie yg sy ikut semua menjadi. Terima kasih kak.. Semoga kak azie dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati...

    BalasPadam
  2. Salam kak azie, kalau tiada ovalette, masih boleh jadi ke? Atau ada bahan alternative yg lain? Terima kasih ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suggest tunggu ada ovalete baru buat

      Padam
  3. Salaam Kak azie, tepung satu sudu tu gaulkan dengan kelapa parut ke?

    BalasPadam
  4. recipe ni untuk berape ketul kuih untuk saiz mold standard?

    BalasPadam
  5. Suka ikut resepi kak zie... Kebnyakknnya menjadi.. Smlm baru tgok kak zie dekat nona buat pengat

    BalasPadam