Kerutuk Daging
Saya memasak kerutuk daging ini tanpa dirancang awal pun. Kebetulan ada jiran yang selalu membekalkan daging segar menghantar WhatsApp menanya kalau saya mahu bekalan daging. Saya order daging bahagian keting yang menpunyai urat halus di antara daging. Daging ini sedap jika dimasak sup atau singgang juga.
Rempah kerutuk pula saya bawa balik dari Kelantan semasa mengadakan program JJCM ke Pantai Timur beberapa hari sebelum dilaksanakan perintah kawalan pergerakan. Sebelum ada yang beranggapan yang bukan bukan, jadi eloklah saya menulis yang program ini telah lama dirancang dari tahun lepas lagi.
Lagi pula, sepanjang program, kami mengambil langkah berhati hati. Sebelum menaiki bas, tempat duduk dilap dengan cairan dettol. Sebelum naik dan turun bas, kami akan mencuci tangan dengan hand sanitizer. Ketika berada di khalayak ramai, kami memakai topeng muka. Kami juga tidak bersalaman sesama sendiri.

Lauk kerutuk ini sangat terkenal di negeri kelahiran saya. Selain daging, kerutuk juga sedap dimasak menggunakan ayam dan itik serati. Kuah kerutuk berwarna sedikit pekat dan gelap. Rasanya pula mesti ada rasa manis lebih dari rasa masam dan masin.
Untuk menambah lemak dan keenakannya, guna gula Melaka. Untuk lebih sedap, guna santan segar pekat. Kalau dah tak ada pilihan, santan kotak pun bolehlah.
Lagi satu daging untuk dimasak kerutuk sedap jika daging dipotong besar dengan mengikut urat. Bukan melintang urat tau. Jadi bila makan, daging akan menjadi urat panjang. Di Kelantan, dipanggil gulai daging buku besar.
Kalau anda belum pernah merasainya, haruslah mencuba sendiri. Kalau tak ada rempah kerutuk, kena cuba pesan rempah kerutuk dari Kelantan. Sekarang banyak dijual online atau dikirim dengan kawan kawan yang berasal dari Kelantan bila mereka balik kampung. Kalau stok kehabisan, saya akan meminta anak buah pos rempah rempah kerutuk, kuzi dan gula kawah dari sana.

Jika ada yang nak mencuba, boleh layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...
Kerutuk Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg daging
3 sudu besar rempah kerutuk
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak
1 sudu besar kerisik
½ keping gula Melaka
Garam
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Bahan kisar:
1 ½ biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan kisar. Tumis bahan kisar dan rempah penumis sehingga naik bau.
Masukkan rempah kerutuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit.

Masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah masak dan terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan daging dan kacau sehingga air daging kering. Nota: saya gunkan periuk noxxa untuk melembutkan daging.
Masukkan santan yang dicampurkan dengan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Nota: lebih sedap jika menggunakan santan segar pekat.
Masukkan gula melaka, garam, asam keping dan kerisik secukupnya. Nota: kuah kerutuk sedikit pekat dan mesti menpunya lebih rasa manis berbanding rasa masam dan masin.
Alhamdulillah dh cuba resepi kerutup ayam...sedap..derhaka resepi sikit blend lada api skali..tq kak azie
BalasPadamTq resepi kak azie
BalasPadam