Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari 3: Percutian Jakarta Di Pasar Mayestik Lagi


Hari ini adalah catatan hari ketiga percutian kami ke Jakarta. Boleh klkik entri sebelum ini di SINI. Hari ketiga di Jakarta, kami sekali lagi ke Pasar Mayestik. Kali ini pergi dengan Nelly. Saya memborong agak banyak kerana Nelly ada sekali. 

Dia memang menpunyai taste dalam memilih pakaian. Apa sahaja yang dipilih, nampak cantik di mata saya. Jadi saya beli sepasang untuk setiap orang dan tanpa sedar saya membeli 8 pasang untuk saya sendiri. 


Balik singgah makan di Padang Merdeka yang dicadangkan oleh Suhaimi. Pada saya, masakan di sini biasa biasa sahaja kerana saya pun tiada selera makan dan tak berani makan lauk yang pelik pelik takut perut meragam. Cuma saya banyak makan tauhu goreng rangup. Sedap juga cuma kalau diletakkan inti seperti tauhu begedil, rasanya pasti lagi sedap dan kena dengan selera saya. 

Malam kami keluar makan di food court tingkat bawah Grand Indonesia Mall. Seperti biasa, saya tidak makan. Selepas makan, kami pusing pusing di dalam mall sambil mencari baju untuk Ammar dan Medina. Banyak sales di hujung tahun. Nelly juga memilih baju dan seluar panjang untuk saya. Kalau harapkan saya, memang saya tak akan beli apa apa. Malas nak mencuba. 

Balik bilik, saya masuk tidur awal kerana saya perlukan rehat yang cukup supaya cepat kembali sihat. 


Catat Ulasan for "Hari 3: Percutian Jakarta Di Pasar Mayestik Lagi"