Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apam Tembikai

Apam Tembikai Azie Kitchen

Sejak merebaknya virus COVID 19, kita semua perlu berhati hati dan mengelakkan berada di tempat yang sesak. Tapi bukan sahaja di tempat yang sesak kerana di tempat biasa seperti majlis keramaian, majlis perkahwinan, perjumpaan politik juga, kerana kita tidak mengetahui latarbelakang perjalanan tetamu lain atau contact mereka. 

Bila terbaca kes positif COVID 19, seorang ahli lembaga pengarah UDA semalam, terasa betapa mudahnya virus merebak dengan pergerakan manusia. Bayangkan beliau menghadiri majlis di hotel dengan berapa ramai orang. Beliau juga dikatakan duduk berjam jam dengan seorang kenamaan dan kenamaan tersebut pula bertemu dengan kenamaan negara yang lain. Belum lagi dikira pergerakan famili mereka. Yang saya risau, kerana secara tak langsung, saya juga terlibat dengan jaringan pergerakan tersebut.

Sama samalah kita berdoa agak virus ini segera dapat dikawal dan dihapuskan. Kerajaan Arab Saudi telah menangguhkan pengeluaran visa untuk jemaah mengerjakan umrah. Bagaimana pula dengan bulan Ramadhan? Apakah kerajaan Arab Saudi tidak mahu menerima kedatangan jemaah di bulan Ramadhan. Bayangkan pula, betapa ramainya jemaah akan berada di Mekah dan Madinah di bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. 

Tapi kalau kita di Mekah, kita menpunyai air zam zam yang ianya sangat mustajab mengikut doa seseorang. Jika untuk kenyang, makan kita akan jadi kenyang dengan air zam zam. Jika untuk menghilangkan dahaga, air zam zam akan menghilangkan haus dahaga. Tiba tiba rasa rindu untuk minum air zam zam di dalam masjidil Haram yang sejuk sejuk. 

Sebelum minum air zam zam, kita disunat untuk minum dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat dan membaca doa, "Allahumma inni as-aluka i'lman naafi'an, wa rizqan waasi'an, wasyifaa-an min kulli daa-in." Ertinya: Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari tiap penyakit. Jadi perbanyakkan doa semasa di sana supaya dilindungi dari wabak penyakit. Sekarang kita masuk pula bab resepi dan masakan. 

Apam Tembikai Azie Kitchen

Sebenarnya hajat hati untuk menyediakan kuih apam Puteri Ayu yang terdapat lapisan kelapa di bahagian atasnya. Tapi memikirkan cantik juga apam tembikai, makan saya sediakan separuh adunan apam puteri ayu untuk dijadikan apam tembikai.

Sebenarnya resepi yang saya guna untuk apam tembikai ini adalah resepi yang sama dengan kuih apam puteri ayu. Cuma warnakan adunan dengan 3 warna iaitu warna merah, hijau dan warna asal. Nanti saya kongsikan di entri akan akan datang kuih puteri ayu pula.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..


Apam Tembikai Azie Kitchen

Apam Tembikai

Bahan bahan:
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil ovalette
¾ cawan santan
¼ cawan jus pandan
Pewarna merah dan hijau
Sedikit esen vanilla - opsyenal 
2 cawan tepung gandum

Lapisan Kelapa:
2 ½ cawan kelapa parut muda
½ sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum

Cara cara:
Pukul gula kaster dan telur sehingga betul betul kembang. Masukkan ovellet dan pukul lagi sehingga adunan menjadi putih dan ringan.

Masukkan esen vanilla, santan, jus pandan dan putar seketika.

Masukkan tepung yang telah diayak dan putar seketika dengan kelajuan rendah atau boleh dikaup balik sahaja bagi mengelakkan apam menjadi keras. 

Asingkan adunan untuk diwarnakan dengan warna merah, warna asal dan juga warna hijau. 

Lenser sedikit minyak pada acuan. Tabur sedikit bijan hitam. 

Apam Tembikai Azie Kitchen

Masukkan adunan merah diikuti dengan adunan warna asal dan akhir sekali adunan warna hijau. Susun di dalam periuk pengukus. Nota: saya tak buat adunan warna asal.

Apam Tembikai Azie Kitchen

Apam Tembikai Azie Kitchen

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dan kukus dengan api sederhana untuk mengelak apam menjadi merekah.

Apam Tembikai Azie Kitchen

Apam Tembikai Azie Kitchen



2 ulasan for "Apam Tembikai"

  1. best boleh jd tnjuk tuk bjual cam sy

    BalasPadam
  2. Maaf puan.. Nak tanya.. Bijan hitam tu kita kena sangaikan dulu tak lepas dibersihkan

    BalasPadam