Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Kubis Goreng

Sayur Kubis Goreng

Ketika novel corona virus atau covid 19 mula tular, saya sangat sibuk sehingga tiada masa untuk membacanya secara serious. Sekadar tahu apa virus ini dan puncanya. Tapi kebelakangan ini, saya mula melihat video yang tular kisah sebenar di Wuhan, saya jadi takut. Sesungguhnya manusia menzalimi diri sendiri dengan melanggar perintah Allah yang menyebabkan berlakunya kerosakan di muka bumi ini.

Kebetulan ada kawan yang menpunyai adik ipar bekerja di sana sebagai Pensyarah, memberitahu bahawa ramai yang mati kerana kelaparan kerana tiada mendapat bekalan makanan terutama berikutan dengan tindakan lockdown. Tiada pengangkutan awam, stesen minyak petrol juga tiada beroperasi. Jadi bagaimana mahu ke kedai atau mahu ke hospital jika sakit. Untuk keluar susah, bekalan sedikit dan harga sangat mahal sehinggakan harga kubis mencecah USD90.

Balik sahaja ke rumah, saya terus mencari video video untuk mengetahui kisah dan keadaan sebenar di Wuhan. Syukur sangat kerana kita berada di negara ini yang pemerintah negara kita berusaha sedaya upaya untuk mengekang penularan virus ini walaupun angka yang disahkan positif virus ini meningkat dari masa ke semasa. 

Kuman virus ini sejenis sekunder, sangat kuat dan boleh merebak dengan cepat. Jika yang pertama kena, mungkin boleh disembuhkan tapi jika peringkat kedua, memang sesuatu yang mengerikan. Itu berdasarkan video tular seorang nurse di Hubei dengan pesanan supaya orang ramai mengambil maklum akan bahayanya virus ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah atau berada di tempat orang ramai. 

Sebagai orang Islam, bagaimana kita melihat musibah atau ujian dari penularan wabak ini. Saya petik dari video Ustaz Don Daniyal berkenaan apa perspektif Islam dengan penyakit. Nabi Ayub sendiri pernah kena penyakit yang teruk disebutkan dalam Surah Al Anbiyaa' ayat 83 di mana Allah menyebut kisah Nabi Ayub berdoa kepada Allah kerana ditimpa penyakit. Lalu Allah memberi kesembuhan. 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Pengajaran pertama, jangan hidup di muka bumi berlagak seolah kita tak akan jumpa penyakit bahaya.  Penyakit setiap zaman akan ada dan mungkin ianya terjadi di zaman kita. Contoh penyakit JE yang dari nyamuk. Kerana seekor nyamuk, manusia hidup dalam ketakutan. Hidup kena berakhlak di muka bumi ini dan sentiasa beringat ingat. Jangan sombong dan bongkak.

Kedua, Nabi Ayub berdoa. Bila ditimpa penyakit, selain mengambil ubat, kita kena berdoa sebagai senjata untuk meminta pertolongan dari Allah. Jaga hubungan dengan manusia, dengan haiwan, alam dsb. Contoh hubungan dengan manusia, ialah bila sesuatu tempat ditimpa penyakit, kita jangan pergi ke tempat tersebut bagi mengelak penularan pada manusia lain. Bila kita jaga hubungan ini, maknanya kita jaga hubungan dengan Allah, yang boleh menjaga kita. Kena penyakit adalah takdir Allah, lari dari penyakit juga adalah takdir Allah dan membuat keputusan berkenaannya juga adalah takdir Allah.  

Ketiga, Nabi Ayub Surah Sad ayat 42 Allah memerintahkan Nabi Ayub menghentakkan kaki bagi mendapat penawar. "Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): "Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu "(setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya):" Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin". Pengajarannya ialah ambil ubat yang sesuai, jaga kebersihan dsb sebagai langkah penyembuhan.   


Sayur Kubis Goreng

Sebelum melihat resepi dan cara penyediaannya, meh kita sembang sikit bab masakan. Bila menghidangkan lauk pauk pada keluarga kita, cuba sediakan hidangan seimbang yang menpunyai khasiat yang cukup. Menpunyai kandungan protein, kabohidrat dan juga vitamin dan mineral. Jadi hidangan sayuran adalah antara yang patut ada di dalam menu seharian.

Jadi hari ini adalah contoh resepi simple untuk menyediakan sayuran buat hidangan keluarga. Simple dan mudah disediakan. Saya masa kecil kecil dulu, tak kenal pun karot, tak pernah makan langsung. Tapi bila saya tahu khasiatnya, saya cuba makan walaupun saya tidak lah sukakan sangat dengan karot. Jadi kita dalam menyiapkan hidangan perlu juga ada ilmu asas demi kesihatan keluarga kita.

Saya sendiri menpunyai anak yang tidak makan sayur. Itulah semasa mereka kecil dan mula makan, saya tidak bersama mereka. Sibuk dengan kerjaya dan menyerahkan semua pada pembantu rumah. Bila besar, baru saya sedar yang anak saya, Boy tidak mengambil sayuran. 

Cuma dua orang anak saya yang akhir, saya galakkan mereka mengambil sayuran. Saya puji mereka dan memberi insentif di peringkat awal. Alhamdulillah kerana Juita dan Aween kini bukan sahaja sukakan sayuran tapi juga memakan ulam ulaman. Itulah peranan yang seharusnya dimainkan oleh seorang ibu, terutama jika ibu yang sepenuh masa menguruskan rumahtangga. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..


Sayur Kubis Goreng

Sayur Kubis Goreng

Bahan bahan:
1 mangkuk kubis
1 batang karot
1 tangkai cili merah
4-5 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sejemput ikan bilis
Sedikit sos tiram
Garam
Gula - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang bawang hiris sehingga wangi. Masukkan ikan bilis dan kacau rata.

Masukkan karot dan kubis. Kacau rata sehingga lembut. Jika perlu, masukkan sedikit air, untuk melembutkan sayuran. Tapi jangan banyak kerana saya suka sayuran yang crunchy.

Akhir sekali, masukkan sedikit sos tiram, garam dan gula. Tabur cili merah yang dihiris nipis. 

Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.   


Catat Ulasan for "Sayur Kubis Goreng"