Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Sosej

Nasi Goreng Sosej Raja Permaisuri Agong

Sebelum kita masuk bab resepi dan masakan, saya ingin menulis sedikit bab kematian. Pastinya setiap yang hidup akan merasai mati kerana mati itu pasti. Mereka yang meninggal duni aakan berada di alam kubur sehinggalah dibangkitkan di hari kiamat. Mati tidak mengenal usia, tua atau muda, hatta kanak kanak. Yang terbaharu adalah kematian Ashraf Sinclair di usia baru menjejak 40 tahun. 

Saya sebenarnya bukan peminat Ashraf Sinclair tapi saya suka juga sekali sekala melihat kisah beliau bersama isteri Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Sinclair yang serasi sebagai keluarga bahagia. Saya pernah terserempak dengan mereka berdua di The Curve. Saya menoleh kebelakang selepas terdengar pasangan bersembang dalam bahasa Indonesia. Mereka berpakaian simple sahaja.

Apa yang saya  ingin sentuh ialah sifat kedermawan Ashraf selama ini. Walaupun sibuk sebagai selebriti tetap meluangkan masa untuk menyantuni anak anak yatim. Suka juga memberi makan kucing yang dikatakan diberi makan ayam goreng seketul. Bukan ayam lebihan, bukan isi ayam kecil kecil tapi seketul ayam goreng yang baru. 

Saya bertanya dengan diri sendiri, apakah saya menpunyai sifat seperti Ashraf. Kematian seperti ini lah yang patut dicemburui bila segala kebaikan terungkap setelah ketiadaannya. Kita harus berbuat baik semasa kita masih diberi peluang hidup di dunia kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil mengadap Illahi. Mudah mudahan Allah mempermudahkan saya dan menjadikan saya juga menpunyai sifat dermawan. Aameen. Sekarang kita masuk pula bab masakan.  

Nasi Goreng Sosej Raja Permaisuri Agong

Saya mendapat idea untuk menyediakan nasi goreng sosej ini selepas melihat Instagram Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sebetulnya dulu dulu saya suka juga makan sosej tapi kebelakangan ini, dah tak berapa gemar makanan siap proses seperti ini. 

Saya masa zaman dulu dulu juga, kalau menyediakan nasi goreng mesti dimasukkan sedikit kicap supaya warna nasi goreng lebih gelap. Tapi dah lama saya tidak menggunakan kicap dalam nasi goreng kerana saya tidaklah peminat kicap. Bahan perisa nasi goreng saya hanyalah garam.

Tapi sebab melihat nasi goreng RPA yang menggunakan sosej dan kicap, saya cuba juga kedua dua bahan ini untuk dikongsikan dengan follower Azie Kitchen. Mana tahu ada follower blog saya yang ingin mencuba nasi goreng Raja Permaisuri Agong buat hidangan keluarga masing masing. Nasi goreng seperti ini pasti disukai oleh anak anak. Jadi apa ditunggu lagi? Jom lah ramai ramai mencuba...

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Nasi Goreng Sosej Raja Permaisuri Agong

Nasi Goreng Sosej

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
8 batang sosej
4-5 ulas bawang putih - cincang
4-5 biji telur
1-2 tangkai cili merah - hiris
Daun sup 
Kicap manis secukupnya
Garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan. 

Nasi Goreng Sosej

Nasi Goreng Sosej

Masukkan pula bawang putih yang dicincang dan tumis sehingga keperangan. 

Masukkan telur. Biarkan telur separuh mengeras, sebelum dikacau rata. Masukkan nasi putih. 

Nasi Goreng Sosej

Masukkan sosej, cili merah, daun sup, garam dan kacau rata. 

Nasi Goreng Sosej


Akhir sekali, masukkan kicap manis secukupnya. Saya tidak masukkan banyak kerana saya tidak suka nasi goreng yang berwarna terlalu gelap. Siap. 

Nasi Goreng Sosej

Nasi Goreng Sosej Raja Permaisuri Agong


2 ulasan for "Nasi Goreng Sosej"

  1. Menu masakkan semua nampak sedap, ada masa free boleh try cuba ni

    BalasPadam
  2. Nak Cuba lah nantišŸ¤¤

    BalasPadam