Mee Goreng Mamak
Biasanya saya tidak suka mee goreng mamak kerana saya tidak suka mee yang kering dan rasa berempah. Saya suka mee yang kosong jer. Satu hari, jabatan saya ada menyediakan mee goreng mamak sebagai hidangan tea break untuk satu sessi dengan semua staf.
Mungkin tengah lapar agaknya, saya merasa mee goreng mamak yang dihidangkan sangat sedap. Mee lembut tapi tidak basah. Saya makan menambah juga la juga.
Selepas makan pun, saya masih teringat ingat akan kesedapan mee goreng mamak tersebut. Saya hubungi 2 orang Chef kenalan saya menanyakan resepi. Tapi sebab mereka tengah sibuk dengan kerja dan lambat pula nak bagi resepi, saya pun menanyakan Pak Cik Google.

Saya ambil masa juga untuk melihat bahan bahan yang digunakan dan juga teknik penyediaannya. Kena pandai main dengan api. Kena api besar macam di restoran mamak tu, baru terasa sedapnya. Yang pasti juga, kena ada rempah kari, baru mee goreng tu terasa macam mee mamak.
Mee mamak juga sinonim dengan cucur tepung seperti cucur udang rojak, ubi kentang yang dipotong dadu dan digoreng, juga tauhu yang digoreng. Tapi saya tak letak semua itu, kerana saya tak berapa suka. Jika suka, boleh jer letak.

Untuk mee ini, kita kena agak sendiri basah dan kering yang kita sukai. Jika suka basah, jangan digoreng terlalu lama. Agak agak sawi dah layu, dah boleh tutup api.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Mee Goreng Mamak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan - bahan :
1 bungkus 400 gram mee kuning
1 mangkuk isi ayam
1 paket kek ikan
1 paket bebola ikan - tak letak
1/2 mangkuk taugeh - tak letak
1 ikat sawi
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar rempah kari
3 sudu besar kicap pekat
1 labu bawang besar - hiris
3 biji telur
3 tangkai cili hijau
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Sedikit air
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili masak. Masukkan ayam dan sedikit air untuk ayam masak. Masak sehingga air kering dan terbit minyak.
Masukkan kicap pekat dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan kek ikan dan batang sawi. Kacau lagi.
Masukkan mee kuning dan kacau rata dengan api besar. Setelah rata, masukkan telur. Kacau rata sehingga telur bersalut dengan mee.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan daun sawi. Kacau rata. Sebelum dihidangkan, tabur cili hijau. Selamat menjamu selera.
Nota:
Jika suka boleh masukkan cucur tepung, ubi kentang goreng dan tauhu goreng.
asal puasa je mesti tergugel belog2 makanan.. parah !
BalasPadam