Kari Udang dengan Kacang Buncis
Tapi kini dengan adanya blog, semua orang pun boleh belajar dengan mudah tanpa perlu minta keizinanpun. Tapi masih ramai yang kaki komplen kononnya kena baca blog panjang panjang sebelum boleh ke resepi. Saya kan memberi opsyen, jika malas membaca, boleh jer terus ke resepi.
Tapi seperti yang saya tulis sebelum ini, ini adalah blog masakan, bukan buku masakan. Jadi seharusnya saya berkongsi cerita di sebalik resepi sebagai kenangan dan rujukan untuk saya sendiri. Saya juga menyelitkan pesanan pesanan dan petikan kuliah untuk perkongsian ilmu yang bermanafaat. Itu pun masih ramai yang tanpa segan silu mengumpat dan mengata di belakang.
Kan tak elok macam tu. Bukan sahaja tak elok tetapi berdosa. Bukan satu kemestian untuk membaca coretan saya pun sebelum ke resepi. Cuma lebih elok kalau dapat membacanya dulu. Lagi lagi elok kalau selepas membaca, dapat di baca dan klik sekali iklan iklan yang muncul di blog saya. Hahaha. Sekarang kita masuk pula bab masakan.
Sebenarnya saya jarang makan kacang buncis. Masa kecil di kampung dulu, langsung tak kenal kacang buncis. Kami makan kacang panjang kerana sayuran ini ditanam sendiri. Adakalanya saya petik kacang panjang dari pokok dan terus mengunyah.
Jadi bila cari sayuran kacang untuk dibuat lauk, pastinya saya mencari kacang panjang. Sehingga lah satu hari, saya ke kedai PakTehtu di Kampung Melayu Subang. Bila dia bercerita keenakan kacang buncis yang bau sedap dan harganya juga mahal.
Kerana ingin mencuba sendiri, saya meminta Hubby membeli secekak kacang buncis. Waah memang sedap dan rangup sekali. Macam kemaruk lah pulak. Beli lagi berturut turut. Masak lemak cili padi dan juga goreng dengan sotong.
Nampak betul ketinggalan saya ni, baru tahu keenakan kacang buncis. Kacang buncis pun ada 2 jenis. Jenis yang bulat gemuk ni lebih sedap. Kacang buncis juga sangat tinggi khasiatnya.
Nampak betul ketinggalan saya ni, baru tahu keenakan kacang buncis. Kacang buncis pun ada 2 jenis. Jenis yang bulat gemuk ni lebih sedap. Kacang buncis juga sangat tinggi khasiatnya.
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kari Udang Dengan Kacang Buncis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
15 ekor udang
Kacang buncis secukupnya
250 gram santan pekat
1 pek rempah kari udang
1 sudu kecil halba campur
1 sudu kecil cili kering kisar
Air asam jawa secukupnya
Garam
Sedikit gula - opsyenal
Bahan Hiris:
7 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis halba campur, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris halus.
Masukkan daun kari dan cili kering kisar. Setelah bawang naik bau, masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat. Setelah naik bau, masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangus. Masak sehingga bahan tumisan masak dan terbit minyak.
Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan santan. Kacau rata.
Masukkan kacang buncis dan udang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
biasalah tu puan. apa kita buat ada je benda tak kena di mata orang. tq puan selalu share resepi.
BalasPadamorang yg complain tu tak semestinya dia masak pun....
BalasPadamsaya tinggal di luar negara, serbuk udang adabi tidak dapat di sini.... apakah serbuk yang boleh diganti?
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu puan... Sy sgt menghargainya
BalasPadam