Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap
Di saat kita bersedih dan diuji, hayati ayat 45-46 dalan Surah Al Baqarah, "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Rabb-nya, dan bahwa mereka akan kembali kepadaNya.
Sekarang kita masuk pula masakan. Lauk yang sangat mudah dan cepat disediakan. Dan yang paling penting, lauk yang sangat disukai ramai orang iaitu, ayam masak kicap. Nak letak karot, kentang dan semuanya hanya accesories sahaja. Rasa suka, boleh lah masukkan.
Berbeza dengan anak anak, saya tidak suka sangat dengan kicap. Saya makan kicap bila makan colet betik muda atau mangga sahaja. Tapi anak anak saya memang menggemari kicap. Dah ada kuah pun, mereka masih mencari kicap. Apa lagi, kalau tak ada kuah.
Masak kicap pun, ada 2 jenis. Ada yang suka kicap berkuah dan ada yang suka kicap kering melekat pada ayam atau ikan. Ikutlah yang mana kita sukai. Kalau tak ada kuah lain, saya akan buat yang sedikit berkuah kicap.
Apa apa pun saya suka tengok hubby dan anak anak makan ayam masak kicap. Memang mereka suka lauk yang berasaskan kicap.
Jom layan resepi dan klik untuk video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Ayam Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
2 biji ubi kentang
Bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar Holland - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
Daun bawang
Kicap lemak manis
Air
Garam
Bahan tumbuk:
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kering kisar
Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Ubi kentang dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang sehingga keperangan. Angkat. Goreng pula ayam sehingga 90% masak sahaja.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau.
Masukkan cili kering kisar, rempah penumis dan serai. Kacau rata sehingga bahan yang ditumis masak dan terbit minyak.
Masukkan kicap dan air secukupnya. Masukkan ayam yang digoreng, kacau rata supaya perisa ayam mesra dengan kuah. Masak lagi sehingga kuah pekat dan melekit. Noa: jika suka banyak kuah, lebihkan air.
Jika tidak guna, kicap lemak manis, boleh masukkan sedikit gula atau gula Melaka.
Akhir sekali masukkan bawang besar hiris, kentang goreng dan cili merah yang dihiris.
Setelah semua sebati, sesuaikan rasa. Taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Salam. Saya dah cuba resepi ni memang betule menjadi dan sedap. Saya mula belajar memasak dari resepi puan. Terima kasih byk
BalasPadam