Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Saya asyik teringat ingat akan sambal tumis udang dengan petai selepas seorang rakan sekerja memberitahu akan keenakan sambal tumis udang di restoran E&O Taman Wahyu. Sambal dikatakan tidak pedas, manis dan semuanya secukup rasa. 

Saya meminta Hubby membeli udang segar di Pasar Taman Tun sebelum cuti Tahun Baru Cina. Sebelum sempat pergi, Hubby dah kena demam denggi sehari sebelumnya. Jadi saya mencari udang di kedai runcit berdekatan sahaja. 

Udang tak berapa segar. Jadi beli sedikit sahaja. Cari petai di pasar malam, dapat isi petai yang kecil dan muda pula. Tapi cukuplah sekadar untuk merasa. Petai sekarang sangat mahal. Tak sampai setengah mangkuk kecil, berharga RM6.00.

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Saya suka sambal yang tidak terlalu cair. Sambal pada saya mesti pekat pekat sikit. Bila diceduk dalam pinggan tidak mengalir merata. Memang saya tak suka, sambal yang spread dalam pinggan.

Saya juga tidak suka meletakkan pelbagai sos dan perasa dalam sambal tumis. Ada yang meletakkan sos cili dan pelbagai seasoning. Tapi saya lebih suka sambal tumis asli. Kalau diletak pelbagai sos, dah jadi macam sambal sweet sour. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa untuk video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Bahan bahan:
400 gram udang
1 mangkuk isi petai
2-3 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
1 sudu besar gula
Garam secukupnya
1-2 keping asam keping

Bahan tumbuk:
12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga air kering dan terbit minyak sekali lagi. 



Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Masukkan sedikit gula dan kacau rata. Masukkan asam keping dan sedikit garam. Nota: saya masukkan gula dulu untuk menjadikan sambal cantik kemerahan.

Masukkan udang dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris, diikuti dengan isi petai. Kacau sekejap sahaja, dah boleh tutup api supaya petai kekal rangup.



Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 


1 ulasan for "Sambal Tumis Udang Dengan Petai"