Kuih Talam Berlauk
Diharapkan belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun baru Cina buat semua rakan rakan berbangsa Cina yang menyambutnya.
Saya sediakan kuih talam berlauk ini ketika Hubby masih di ward kerana denggi. Hampir seminggu juga berada di Hospital Thomson yang berkebetulan dengan cuti panjang sempena cuti Tahun Baru Cina. Jadi rutin saya setiap hari ialah memasak lauk pauk dan membuat kuih sebelum bersiap siap ke hospital.
Walaupun penat, saya gagahkan diri juga untuk memasak. Saya mencuri curi masa memasak kerana telah lama tidak ke dapur. Sejak buku masakan saya 101 Resepi Dari Azie Kitchen mula dipasarkan pada awal Januari tahun ini, saya memang tiada langsung masa ke dapur.
Setiap hari sebaik balik dari pejabat, saya akan menandatangani buku buku yang dipesan untuk mendapatkan tandatangan saya. Setiap malam, saya naik ke bilik agak lewat kerana menyiapkan buku untuk dipos keesokannya. Saya sangat berbesar hati, kerana ramai follower saya yang mahukan buku masakan yang terdapat tandatangan saya. Jadi walaupun penat, ianya sangat mengembirakan saya.

Kuih talam berlauk ini ialah yang kedua saya sediakan. Untuk resepi sebelum ini boleh klik di SINI. Bezanya resepi sebelum ini dengan resepi ini ialah bahan bahan lapisan bawah. Kalau dulu, saya menggunakan tepung gandum, kali ini saya menggunakan tepung beras dan sedikit tepung gandum. Terpaksa campur dengan sedikit tepung gandum kerana kehabisan tepung beras.
Serious sangat sedap, kuih talam berlauk saya hari ini. Lebih lebih lagi makan tengah lapar. Tapi biasalah kalau kuih talam berlauk, yang menentukan keenakannya ialah lauknya. Jadi jangan lokek untuk meletakkan lebih lauknya.
Bagi menambah cantik bahagian lauknya, daun sup dan cili merah hanya dimasukkan selepas lauk masak dan telah ditutup apinya. Kalau kuih muih, bukan sahaja perlu sedap kan, tapi juga perlu cantik. Betul tak?

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kuih Talam Berlauk
Oleh: Azie Kitchen
Untuk Lauk:
1 mangkuk isi ayam - potong dadu
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering - saya tak letak
1 tangkai cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula - opsyenal
Garam secukupnya
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi
Bahan bahagian bawah:
200 gram tepung beras
50 gram tepung gandum
250 ml santan pekat
1 liter air
1 sudu kecil garam
Cara cara:
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Nota: saya tak letak udang kering kali ini.
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan.
Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya. Setelah ayam masak, boleh lah ditutup api.
Masukkan bawang yang digoreng tadi bersama cili merah, daun sup dan daun bawang dan kacau rata. Ketepikan.
Cara Membuat Talam Berlauk:
Satukan semua bahan bahagian bawah dan kacau rata. Ketepikan sedikit untuk dijadikan bahan pelekat.
Masak atas api sekadar separuh masak.
Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan yang disapu sedikit minyak. Kukus dalam periuk pengukus yang air mendidih selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian angkat dan tabur bahan berlauk yang telah digoreng tadi.
Titiskan tepung yang diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
Kemudian sambung mengukus selama 3-5 minit lagi. Setelah sejuk, baru dipotong (jika kukus dalam talam) dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba..
Nota:
Boleh disimpan di dalam peti ais dan dikukus sekejap sebelum dihidangkan.
rajinnya Kak Azie buat seketul2, tapi senang nak makan macam ni kan
BalasPadam