Hari 4: Percutian Bangkok Yang Penuh Kenangan
Ini adalah entri terakhir untuk percutian kami ke Bangkok bersama sama dengan geng alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya (ethica). Boleh klik entri di ladang bunga matahari di Lopburi sehari sebelumnya di SINI. Hari terakhir di sana pada 17 Disember 2019 yang bersamaan dengan hari Selasa.
Selepas makan, kami naik bilik dan turun untuk check out hotel pukul 9.00 pagi dan destinasi seterusnya adalah tempat menjual herba dan ubatan Erawadee. Banyak juga saya membeli pelbagai minyak urutan untuk sakit urat, untuk sinus dan allergi juga untuk mengurangkan kolesterol.
Selepas itu, kami singgah pula di kedai menjual barangan makanan Thailand dan souvineer. Di sini Aween membeli Thai Milk Tea dan juga asam serta kekacang.
Kami kemudian di bawa untuk early lunch di Al Meroz Hotel yang merupakan hotel 5 bintang bertaraf 100% halal di Bangkok. Sementara menunggu lunch sedia, kami lepak lepak di lobi hotel sambil bergambar beramai ramai. Memang semua jenis sporting, bila time bergambar masing masing akan sedia untuk berposing.
Itu antara faktor yang menyebabkan keakraban bila antara sahabat boleh bertoleransi antara satu sama lain. Contoh bagaimana kami semua participate dalam video berlari ala ala filem Hindustan d Lopburi.
Itu antara faktor yang menyebabkan keakraban bila antara sahabat boleh bertoleransi antara satu sama lain. Contoh bagaimana kami semua participate dalam video berlari ala ala filem Hindustan d Lopburi.
Kami sampai di airport dalam pukul 12.00 dan selepas menimbang berat bag masing masing, kami terus ke kaunter check in. Selepas check in, baru kami ke surau untuk solat. Suraunya sangat selesa dan luas dengan menpunyai tempat mengambil wudu di dalamnya. Terdapat juga 2 bilik air yang menpunyai hand bidet. Surau wanita terletak sebelah menyebelah dengan surau lelaki dengan pintu masuk utama yang sama.
Selepas solat, kami terus berjalan masuk untuk pemeriksaan passport dan imigresen. Kami masuk dan menunggu di hadapan pintu 21. Alhamdulillah kerana penerbangan Air Asia tiba tepat pada masa nya. Kami mengambil hot seat dengan seat di barisan kedua. Masing masing agak keletihan sehingga semua terlena di dalam penerbangan.
Tiba di KLIA2 dalam pukul 6.30 petang dan berjalan keluar untuk mengambil bagasi. Kami singgah untuk solat di RnR Dengkil dan sempat juga makan satay di situ sebelum balik ke rumah. Dengan itu, selesailah sudah percutian terindah bersama kawan kawan alumni bagi tahun 2019.
Catat Ulasan for "Hari 4: Percutian Bangkok Yang Penuh Kenangan"
Add your comment