Gulai Ikan Yu
Hari ini saya menyediakan gulai ikan yu, antara lauk yang biasa dimakan sejak kecil. Dulu kalau makan gulai ikan yu yang dalam kuahnya ada hati ikan yu yang hancur hancur, memang sedap sangat. Hmm rasanya sangat eksotik.
Dah berpuluh tahun tak makan sejak arwah Bonda berpindah ke pondok pengajian di Pasir Tumbuh. Kiranya selepas itu, tiada lagi masak memasak di dapur rumah kami. Setiap kali balik, kami akan menumpang rumah kakak dan arwah Bonda juga akan balik ke rumah kakak.

Nostalgia memasak zaman dulu tetap segar dalam ingatan. Mula mula yang pasti ialah kena mengukur kelapa. Selepas itu, memerah santan. Kemudian menumbuk bahan bahan dengan lesung batu. Bab yang saya paling tidak suka bila memasak gulai ialah perlu sentiasa mengacau ngacau santan di periuk supaya tidak "beku" santannya.
Zaman dulu, arwah Bonda akan bising bila santan pecah minyak. Kami panggil santan beku atau berketul ketul. Kalau sebut santan beku itu bermakna kuahnya berketul ketul kerana tak dikacau sempurna atau api terlalu besar.
Macam mana cara tak mahu santan pecah minyak ialah dengan menggunakan api yang kecil dan selalu dikacau sehingga santan mendidih. Tapi kacau pun tak boleh laju laju sangat kerana ia akan menyebabkan kandungan minyak dari santan keluar dengan cepat dan memecahkan minyak pula.
Jadi cara yang biasa saya buat ialah saya gunakan santan cair terlebih dahulu. Setelah santan cair mendidih, baru dimasukkan santan pekat. Satu lagi cara, saya akan menumis bahan bahan kisar sehingga terbit minyak. Jadi kuranglah sedikit masalah kuah pecah minyak. Kuah masakan kita akan lebih cantik.
Kalau hati ikan yu agak banyak, boleh lumur garam dan serbuk kunyit. Balut dengan daun pisang bakar atau digoreng. Pun sedap. Dah berpuluh tahun saya tak makan, tak tahu lah kalau saya masih boleh makan.
Selera kita akan berubah mengikut peredaran masa. Makanan yang satu masa dulu sedap di tekak kita, akan rasa sebaliknya. Contohnya masakan singgang, saya memang tak suka sangat makan ikan singgang sekarang ini.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Gulai Ikan Yu Versi Bonda
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 ekor ikan yu - saiz kecil
250 gram santan pekat + air secukupnya
1 sudu besar cili kering kisar
Secekak pucuk asam kandis/daun kesum
1-2 keping asam keping
Sedikit gula
Garam kasar
Bahan kisar:
3 biji bawang merah
1- 1 ½ inci inci kunyit
4 hiris lengkuas
1 sudu besar biji ketumbar
Cara cara:
Ikan yu dibuang kulit yang keras dan dipotong kecil.
Tuangkan bahan kisar dan masakkan sehingga kering. Masukkan santan dan kacau sehingga santan mendidih.
Masukkan ikan, asam keping, garam dan secubit gula. Akhir sekali, masukkan pucuk asam kandis atau daun kesum.
Perlahankan api dan renihkan sehingga kuah mesra dan sedikit pekat. Bolehlah ditutup api.
Perlahankan api dan renihkan sehingga kuah mesra dan sedikit pekat. Bolehlah ditutup api.
Catat Ulasan for "Gulai Ikan Yu"
Add your comment