Sira Ubi Kayu
Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Shahrul Hizam Mukhtar perbincangan Kitab Imam Nawawi bab diharam bersikap sombong dan merasa bangga diri. Antara surah yang menyebut bab larangan sombong dan bangga diri iaah surah Al Isra' ayat 37 di mana Allah memberitahu secara khusus jangan lah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong.
Dalam surah Luqman ayat 18 pula Luqman berpesan pada anaknya dan jangan lah engkau memalinglan muka dan jangan berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Allah tidak suka dengan orang sombong, takbur dan membanggakan diri.
Dalam Islam mengubat penyakit hati bab kejiwaan dengan memahami ayat dalam surah Al Qasas ayat 83 negeri akhirat hari kebangkitan manusia yang telah diterangkan nikmat yang disediakan bagi orang yang tidak bertujuan mendapat pengaruh atau kelebihan sewaktu di muka bumi. Dan tidak bercadang untuk melakukan kerosakan. Kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa.
Manakala dalam hadis Sahih Muslim (51) pula, Nabi Muhammad SAW bersabda, tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong. Sahabat bertanya seorang lelaki yang memakai pakaian cantik dan mahal harganya, adakah itu maksudnya sombong. Lalu baginda menjelaskan Allah cantik dan mencintai kecantikan. Cantik bukan sombong. Tapi sombong adalah menolak kebenaran dan seseorang yang merendah rendahkan orang lain.
Selama ini dalam masyarakat kita, difahamkan sombong riak adalah orang yang memakai barangan mahal yang konon menunjuk nunjuk. Tapi ianya dijelaskan oleh Rasulullah makna sombong. Merendah rendahkan orang lain adalah juga termasuk dalam sifat sombong, merendahkan dari segi ilmu dan pengetahuan.
Jadi jangan ikut perasaan untuk memperkecilkan orang lain yang mungkin tidak sependapat dengan kita. Banyak berlaku terutama dalam bab politik. Apa lagi membuatkan orang lain tersinggung dan berkecil hati. Sekadar peringatan buat kita semua, termasuklah diri saya sendiri. OK sekarang kita masuk bab masakan pula.
Sira ubi kayu adalah makanan yang sangat sinonim dengan saya semasa zaman di kampung terutama masa musim banjir. Ubi kayu direbus dan dimakan dengan kelapa parut muda yang digaul dengan garam. Kelapa muda tak sama dengan kelapa biasa. Rasanya lemak lemak gitu. Tapi sejak di KL, memang tak jumpa lah kelapa muda walaupun masa beli kelapa dah minta, cari kelapa muda ya dik.
Biasanya pokok ubi kayu ditanam sendiri sahaja. Dicucuk batang ubi kayu di mana mana tanah yang bersesuaian, akan tumbuh dan menghasilkan ubi yang banyak. Seronok bila dapa menuai hasil dari pokok yang ditanam sendiri. Pucuk daun ubi kayu pun sedap dibuat sayuran dan ulaman. Allah menjadikan semua ini untuk dinikmati oleh manusia.
Kuih sira ubi kayu juga biasa disediakan arwah Bonda. Tapi biasanya Bonda akan membuatnya sedikit kuah yang pekat pekat belengas gitu. Jika suka, boleh dibuatkan sedikit berkuah pekat. Tapi saya membuat versi sira yang kering.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
500 gram ubi kayu rebus
1/3 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
Secubit garam
1- 1 ½ cawan air
Cara cara:
Rebus ubi kayu dengan air secukupnya sehingga ubi empuk. Angkat. Potong kecil yang disukai.
Masak air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan sehingga pekat dan likat.
Masukkan ubi kayu dan kacau rata rata sehingga sira bersalut pada ubi kayu.
Catat Ulasan for "Sira Ubi Kayu"
Add your comment