Pulut Wajik Aka Pulut Kacau Utara Yang Sangat Sedap
Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ikhwan bin Ali berkenaan Penawar bagi Hati bab fungsi lidah. Kebanyakan dosa adalah datangnya dari lidah, dari perkataan yang keluar dari mulut. Menyebut engkau akan saudara engkau yang jika dia dengar dia tak suka tak kira samada perkara betul atau tidak adalah dikira sebagai mengumpat. Mengumpat adalah haram dan berdosa besar.
Mengumpat adalah diumpamakan memakan daging saudara sendiri. Adakah kamu suka seorang kamu makan daging saudaranya ketika mati. Maka benci kamu akan dia. Maka bertaqwa lah kamu pada Allah. Bahawasanya Allah sangat menerima taubat dan amat penyayang pada hambaNya.
Ramai orang mengambil mudah dengan dosa mengumpat walaupun ianya adalah salah satu dosa besar. Sedangkan dosa besar tak gugur dengan hanya membuat kebajikan dan amal soleh. Dosa besar mestilah dengan taubat mengikut rukun rukun taubat.
Cara bertaubat dari mengumpat terdapat khilaf ulama, iaitu ada tiga pendapat. Pendapat pertama dengan beristighfar kepada Allah. Manakala pendapat kedua dengan beristighfar untuk diri sendiri dan untuk saudara yang kita umpat itu. Pendapat ketiga perlu meminta halal dari orang yang kita umpat. Untuk yang ketiga, kita perlu melihat keadaan. Sekiranya dibimbangi fitnah dan mudarat cukup kita istighfar, namun jika mampu meminta halal maka itulah yang terlebih baik.
Ada bab yang kita dibolehkan bercerita mengenai orang lain, contoh bab orang zalim supaya orang lain tahu kezalimannya. Itu tidak dikira berdosa tapi kena pastikan yang dia memang zalim. OK cukup setakat ini dahulu sekarang kita masuk pula bab masakan.
Kuih muih yang sama cuma dipanggil dengan nama berbeza. Kalau di kampung saya dipanggil sebagai nasi manis. Kalau di negeri negeri belah utara dipanggil sebagai pulut kacau. Manakala di KL dan negeri negeri lain pula dipanggil sebagai Kuih Wajik. Panggil lah apa pun tak apa. Yang penting, ianya merujuk kepada kuih yang sama. Boleh klik di SINI untuk resepi kuih wajik biasa.

Saya sangat terharu bila Puan Ummi menulis di DM memberitahu ingin menghantar kuih Pulut Kacau yang dimasak oleh jiran beliau yang sangat sedap. Cara masakan jirannya sama dengan cara masakan Tok beliau. Katanya memang sedap pulut kacau ini dengan lembut, lemak, manis semua cukup.
Tulis Ummi lagi, masing masing ada resepi rahsia mereka tapi kalau yang macam Tok saya ni, agar agar tu la bahan rahsia dia. Saya kalau makan pulut kacau yang Tok buat tu, tak mahu kongsi dengan orang. Satu bekas tu untuk saya je.
Lebih lebih terharu bila beliau bersedia berkongsi resepi dengan saya tat kala saya berpuluh tahun mahu belajar rahsia membuat pulut kacau atau kuih wajik utara yang sedap. Saya kalau dapat resepi, rasa seronoknya macam dapat bonus. Lebih lebih lagi resepi tradisional turun temurun.

Haa baca apa yang ditulis sendiri pun dah buat saya menelan nelan air liur macam orang mengidam pulak. Kuih wajik ini sangat sedap dengan rasanya yang lembut dan rasa lemak dan manisnya. Pastinya resepi ini adalah keeper recipe untuk kuih tradisional pulut wajik atau pulut kacau. Semoga resepi tradisional seperti ini akan terus kekal dan digemari ramai.
Jom layan resepi yang telah saya olahkan semula di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kuih Pulut Kacau aka Kuih Wajik Utara
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg beras pulut - rendam selama 2-3 jam
1 kg santan segar
700 gram gula pasir
300 gram gula merah
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil garam
1 cawan agar agar bertali - 18 gram
Cara cara:
Beras pulut dibasuh bersih supaya tahan lama. Kukus sehingga masak. Nota: saya kukus selama 15 minit sahaja.
Agar agar tali dibasuh dan diramas ramas. Masak dengan 1 ½ cawan air sehingga agar agar hancur dan sedikit pekat.
Sementara tu masak santan, gula pasir dan gula sehingga pekat likat dan sedikit berat.
Selepas pulut masak, masukkan pulut ke dalam air gula dan kacau rata. Jangan dikacau lama kerana pulut akan jadi keras. Saya masak sekadar pulut terasa berat bila dikacau.
Akhir sekali, tuang agar agar ke dalam pulut. Kacau rata sekejap sahaja. Boleh angkat dan disejukkan.
Boleh tutup api dan angkat. Tuang ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. Sejukkan sebelum boleh dipotong.
Tips:
Kuih pulut kucai kena manis baru tahan lama.
Hi Cik Azie;
BalasPadamSaya orang Penang ..orang utara,setahu saya pulut kacau orang tak pernah masukkan agar2...pelik sungguh resepi Cik ni...
Eh, first time tengok resepi bubuh agar-agar...
BalasPadam. Macam mana rasa.... sedap ka..