Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap
Sejak mendengar video oleh Dato Dr Nordin Darus mengenai persediaan menjalani hari hari tua, saya sebaik mungkin mahu mengelak dari mencari masalah yang sepatutnya boleh dielakkan. Saya cuba manage hati ini supaya sentiasa tenang.
Salah satu cara yang baik untuk menjaga hati ialah jangan baca Instagram terutama dari mereka yang kita rasa boleh rimas dan sesak nafas. Mungkin sesak nafas dengan keriakannya dan lifestyle macam macam lagi. Kalau dapat orang macam ni, memang saya unfollow dan tak baca IG dia.
Kalau saya sendiri ada terbit rasa iri hati pada orang lain, saya juga tidak akan baca. Saya pesan pada hati sendiri, “kalau nak jeles jeles dengan orang, kau jangan nak baca baca apa media social orang”. Hati kita juga perlu dididik supaya berakhlak baik.
Kedua berkawan dengan mereka yang boleh memberi ketenangan hati yang sentiasa memberi nasihat yang baik baik. Saya selesa berkawan dengan orang yang baik baik dan yang selalu mengajak ke arah kebaikan. Tak perlu nak berkawan dengan orang yang kaya kaya. Kita bukan orang kaya pun untuk berkawan dengan orang kaya yang duit berkepuk kepuk. Saya akan mengukur baju di badan sendiri.
Saya hanya menpunyai duit hasil dari gaji bulanan. Tiada sumber perniagaan, projek dan sebagainya. Duit yang dapat perlu dibelanjakan dengan berhemah termasuk untuk bekalan hari akhirat. Saya cuba mengelakkan apa yang Allah larang.
Saya akan sentiasa mengingati diri supaya melihat nasib orang miskin yang tidak berkemampuan. Apa yang kita miliki bukan kerana kita bijak pandai tetapi semua rezeki adalah kurniaan Allah. Cukup setakat ini dahulu, jom kita masuk pula bab masakan.

Saya memang belum berselera makan. Selera makan belum pulih sepenuhnya lagi. Setiap kali saya terpaksa menjalani bius keseluruhan sebelum pembedahan, memang saya akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Kepala akan menjadi pening dan terasa loya dan hilang selera makan.
Pagi pagi Hubby mengajak saya bersarapan di luar bersama kawan kawan alumni tapi saya tak mahu ikut. Tekak hanya rasa nak makan nasi goreng. Balik dari pemeriksaan mata di Optimax, terus singgah beli ikan kembung 3 ekor untuk digoreng dan kemudian dimasukkan sebagai perencah nasi goreng. Memang setahun sekali saya akan membuat rutin pemeriksaan mata.
Nasi goreng hari ini sangat sedap. Hahaha puji diri sendiri sebab memang sedap pun. Lebih lebih lagi bila menggunakan ikan goreng yang banyak dan isinya pula masih basah. Maksudnya isi ikan tidak kering garing. Bukan sahaja makan menambah nambah masa sarapan, saya mengulang lagi makan petang. Hubby dan anak anak pun sama, mengulang makan nasi goreng sehingga licin.
Jom pakat ramai ramai mencuba resepi nasi goreng seperti ini. Mudah dan sedap pula. Lebih sedap dari nasi goreng di restoran restoran mewah. Tak caya? Haa cubalah sediakan sendiri di rumah. Cuti cuti sekolah ni, boleh masak dan hidangkan untuk anak anak.
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa singgah di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI untuk video penyediaannya. Selamat mencuba....
Nasi Goreng Ikan Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk besar putih sejuk
2 ekor ikan kembung goreng - saiz besar
1 mangkuk kecil kubis
2 sudu besar cili kering kisar
3 biji telur
Garam
Gula
Bahan kisar:
3 biji bawang merah - saiz besar
2 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
Cara cara:
Ikan goreng dicarik carikkan isinya, Masukkan isi ikan ke dalam nasi dan digaul bersama garam dan gula. Ketepikan supaya semuanya sebati dan mesra.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan terbit minyak.
Masukkan telur dan dikacau rata. Masukkan sayur kubis dan dikacau rata.
Masukkan nasi dan dikacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Tabur daun bawang dan bawang goreng,
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap"
Add your comment