Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Saya perasan dalam Instagram, ada seorang Instafamous memasak pelbagai jenis lauk setiap hari. Kuantiti yang dimasak nampak banyak. Dalam hati terfikir, berapa banyak budget yang diperuntukkan untuk makan kalau macam ni punya masak setiap hari. Kalau orang kaya dan bergaji besar, bolehlah faham cara mereka makan memang mewah dan mungkin orang dalam rumah pun ramai. Mereka menpunyai orang gaji yang mungkin 3-4 orang, pemandu dan juga guard.

Orang biasa macam saya, hanya memasak satu lauk utama sahaja setiap hari. Hanya baru kini, saya faham yang beliau memasak kerana ingin menghasilkan buku masakan. Masakan lauk pauk harian dibukukan siri demi siri dan dijual. Serampang dua mata. Tak salah pun. Ooh patutlah. Mungkin orang seperti ini orang yang cerdik. Tidak seperti orang lain yang memasak untuk hidangan keluarga semata mata.  

Saya pula memasak kerana passion, kerana suka mencuba pelbagai masakan. Bukan untuk tujuan lain. Selain mencuba masakan, saya selesa ingin berkongsi resepi apa yang dimasak dan 'menjadi' dengan sedap dengan follower saya. Itu sudah memberi kegembiraan buat saya kerana saya inginkan pahala dari perkongsian ilmu memasak. OK sekarang kita masuk pula bab gulai kari ikan kembung.

Saya tertarik dengan apa yang ditulis di SINI kari ikan kembung yang best ialah yang bila lepas makan, hang pi basuh tangan sampai  habis sebuku sabun pun, tangan hang masih bau lagi kari tu. Kari  ikan yang best ialah yang pecah minyak. Kari kari yang best ialah yang warnanya merah, bukan oren. Kari ikan yang best ialah rasanya masam-masam. 

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Beliau juga menulis, pada aku kalau hang orang kedah tapi tak reti buat kari ikan tak payah la mengaku orang Kedah. Kari ikan temenung/kembung ni memang makanan wajib orang Kedah. 

Waduh waduh baca apa yang ditulis membuatkan saya tidak sabar untuk cuba memasaknya sendiri. Saya pergi sendiri ke kedai runcit untuk mencari rempah kari ikan cap O. Saya ikut resepi yang ditulis di belakang pek rempah kari.  

Mungkin ada yang pernah terbaca apa yang saya tulis di blog selama ini yang saya tidak pernah makan kari ikan sehingga lah berkahwin. Malahan saya rasa pelik bila melihat keluarga mertua memasak kari ikan. Kari kalau dalam keluarga saya ialah untuk daging atau ayam. Kalau ikan masak gulai lemak. 

Jadi masakan yang bukan kebiasaan pada saya, memang saya akan belajar dan cuba memasaknya supaya close dengan resepi asal di sesebuah negeri. Saya menanya dalam group WhatsApp pada kawan kawan yang tinggal di Kedah. Tapi sebab dah malam agaknya, tak ada siapa yang respond.

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Semasa balik dari hospital, kami singgah di kedai runcit. Kebetulan di kedai runcit, ada ikan kembung yang sangat segar. Kata adik yang menjual di situ, ikan baru sampai. Saya memilih 4 ekor ikan yang sangat segar.

Serious sedap, rempah karinya bau lain sikit. Berulang ulang kali saya mencium tangan selepas makan sebab baunya memang masih melekat. Saya suka kari yang kuahnya pekat melekat di ikan, bukan yang jenis licin dan berenang renang dengan minyak. Sedap dengan kuah pekat melekat dan rasanya masam. Kepada yang belum pernah rasa, saya cadangkan anda untuk cuba menyediakanhya sendiri di rumah. Pasti lagi sedap bila dimasak sendiri.  

Jom layan resepi yang telah saya salin dan olah bagi memudahkan rujukan di masa hadapan. Jangan lupa layan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..


Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Kari Ikan Kembung Orang Kedah
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan A:
4 ekor ikan kembung
1 biji kelapa - 900 ml santan 
1 kepal asam jawa/asam keping
Garam
6-7 sudu besar minyak masak

Bahan A:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
1 pelepah daun kari

Bahan B:
1 paket 25 gram rempah kari ikan cap O 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan C:
6 batang kacang bendi
1-2 biji buah tomato
1 tangkai cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dengan daun kari sehingga wangi dan garing. 

Bila dah garing, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan bawang bawang tumbuk. Masukkan sekali air asam jawa dan garam. Tumis sehingga benar benar garing wangi dan pecah minyak.  Kalau warna oren lagi tu namanya gulai tak jadi. Nota: boleh juga masukkan sedikit serbuk jintan putih bersama pes kari. 

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Setelah pecah minyak, masukkan sedikit air. Setelah air mendidih, baru dimasukkan santan. Kacau rata sehingga mendidih dan kuah cantik hampir terbit minyak. 

Bila dah mendidih, baru dimasukkan ikan dengan kacang bendi dan cili hidup. Bila kacang bendi dah lembut,  masuk buah tomato. Masak selama 3 minit bolehlah ditutup api. 


Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Nota:
Kari mesti pecah minyak, warna merah dan menpunyai rasa masam.



7 ulasan for "Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap"

  1. Setiap kali balik Kedah, dah jadi kebiasaan saya akan re-stock rempah kari cap O ni. Memang sedap rempahnya.

    BalasPadam
  2. nanti saya cuba caari brand ni kat JB.selain daging,ayam, ikan sagai, kaci sedap kalau dimasak kari tau.cubalah Azie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan sagai kaci tu macam mana. saya ni tak boleh dgr benda benda macam ni. mesti nak mencuba

      Padam
    2. ikan sagai tu lebar besar mcm ikan bawal, yg kaci tu mcm ikan merah.

      Padam
    3. ikan sagai tu lebar besar mcm ikan bawal, yg kaci tu mcm ikan merah.

      Padam
  3. Thanks ya saya guna resipi ni mudah ja

    BalasPadam
  4. Kalau Kita guna santan koyak, amik yang 1liter ke? Kemudian masukkan dlm masakan 900ml ke? Atau kena campur air jadi 900ml?

    BalasPadam