Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Api
Entah kenapa saya suka sangat makanan dari telur kecuali telur penyu. Dari kecil kalau nampak telur ikan, telur sotong, telur ketam, memang sayalah yang akan mengoreknya. Telur ikan ada pula dua jenis. Ada yang jenis berbiji biji halus dan ada pula yang hanya lembut sahaja. Asal telur ikan, dua dua pun saya suka.
Telah lama saya mencari telur ikan mayong. Setiap kali ke pasar malam di Kota Dame, saya akan mengintai intai kalau ada telur mayong. Tapi selalunya hampa kerana telur ikan ni bermusim.
Kalau bukan musim, memang tak nampak lah bayangnya. Pernah nampak sekali dalam bulan Julai ketika saya membeli barang untuk shooting buku masakan. Tapi masa tu, tak beli kerana jadual memasak yang padat.

Bila dah tiba musim, memang banyak nampak telur diletak sebelah ikan mayong yang siap disiang dan dipotong. Kita boleh beli banyak-banyak dan simpan dalam peti beku untuk dijadikan stok. Kalau masuk tempat beku, setahun pun boleh tahan. Bila bila rasa nak makan, tinggal keluarkan sahaja. Harga telur mayong ni bukan murah murah tapi kalau dah suka, apa nak berkira. Lagi pun zaman sekarang, semua benda pun mahal.
Telur ikan mayong ni paling sedap kalau dibuat masak lemak cili api. Telur ikan mayong masak lemak cili api ni mesti dibuat sedikit masam dan pedas, baru sedap. Saya suka telur yang masak sebab tak suka rasa hanyir telur ikan separuh masak. Nanti kalau hanyir, langsung saya tak lalu makan. Jadi saya masak sehingga jadi macam gambar di bawah. Hahaha tangan comot sebab tengah tengah makan, teringat nak snap gambar telur ikan.
Kalau memasak bahan yang agak agak hanyir, tips ialah kita kena pastikan masakan lebih sedikit asamnya dan juga pedasnya. Baru bau dan rasa hanyir, akan jadi kurang.
Boleh masukkan belimbing buluh atau pucuk asam kandis. Kebetulan anak buah di kampung, pos kan pucuk asam kandis pada saya. Itu yang saya memasukkan pucuk asam kandis.
Tekak saya memang bukan jenis yang boleh telan semua benda. Jadi saya masak lama lama. Kalau suka telur yang lembut tak perlu lah dimasak lama lama. Semuanya terpulang pada citarasa masing masing.
Masak lemak saya hari ini cukup pekatnya. Sedap kuah yang pekat pekat digaul dengan nasi putih panas panas. Saya menggunakan santan pekat segar yang memang tidak dicampur dengan air langsung. Hanya kelapa parut semata mata. Jadi waktu memasak, kita hanya memasukkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang kita sukai.
Telur ikan mayong ni paling sedap kalau dibuat masak lemak cili api. Telur ikan mayong masak lemak cili api ni mesti dibuat sedikit masam dan pedas, baru sedap. Saya suka telur yang masak sebab tak suka rasa hanyir telur ikan separuh masak. Nanti kalau hanyir, langsung saya tak lalu makan. Jadi saya masak sehingga jadi macam gambar di bawah. Hahaha tangan comot sebab tengah tengah makan, teringat nak snap gambar telur ikan.
Kalau memasak bahan yang agak agak hanyir, tips ialah kita kena pastikan masakan lebih sedikit asamnya dan juga pedasnya. Baru bau dan rasa hanyir, akan jadi kurang.
Boleh masukkan belimbing buluh atau pucuk asam kandis. Kebetulan anak buah di kampung, pos kan pucuk asam kandis pada saya. Itu yang saya memasukkan pucuk asam kandis.
Masak lemak saya hari ini cukup pekatnya. Sedap kuah yang pekat pekat digaul dengan nasi putih panas panas. Saya menggunakan santan pekat segar yang memang tidak dicampur dengan air langsung. Hanya kelapa parut semata mata. Jadi waktu memasak, kita hanya memasukkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang kita sukai.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Api
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
400 gram telur ikan mayong
250 ml santan segar + 400 ml air
2 keping asam keping
Segenggam pucuk asam kandis
Segenggam pucuk asam kandis
Garam kasar
Bahan kisar:
15 tangkai cili api
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
Panaskan air sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan telur ikan mayong sekali dengan uncangnya agak agak separuh masak atau masak. Angkat dan ketepikan.
Masak bahan kisar sehingga sedikit kering airnya. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan telur ikan, asam keping, pucuk asam kandis dan garam. Masak sehingga telur ikan masak. Angkat.
Nota:
Suka juga
BalasPadamkalau jumpa mesti beli
Salam Kak. Boleh ke kalau telur tu terus direbus dalam kuah lemak? Boleh ke atau pun kuah tu nanti tak jadi?
BalasPadamwslm. Boleh tapi kalau tak kena gaya, telur pecah dan kuah jadi pekat dg telur.
PadamSalam sis. Air yang digunakan untuk rebus telur ikan tu dibuang ya?
BalasPadamSalam sis. Air yang digunakan untuk rebus telur ikan tu dibuang ya?
BalasPadam