Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sandwich Sardin Untuk Sarapan


Insya Allah hari ini saya akan menjalani satu lagi prosedur untuk membuang batu karang. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Saya juga berazam untuk menukar habit pemakanan saya dengan meminum banyak air yang merupakan punca saya mengalami masalah batu karang. Kadang kadang kesibukan bekerja di pejabat menjadikan saya lupa untuk mengambil air secukupnya. Sekarang kita masuk pula bab masakan. 

Saya memang peminat sardin. Zaman dulu dulu di kampung, memang tak merasalah makan ikan sardin kerana mahal. Ikan segar dibeli RM1.00 dapat selambak banyaknya. Kalau sardin, selain dimasak berkuah seperti biasa, saya suka menyediakan sandwich sardin. 

Masa sekolah dulu, siap kumpul duit untuk beli sardin dalam tin dan beli roti. Untuk sandwich yang lengkap pada saya mesti ada timun, salad, buah tomato, bawang besar dan cili merah. Satu lagi saya tak pernah jemu makan sandwich sardin ni, kalau hari hari makan pun OK. 


Hari ini, saya buat sandwich sardin yang simple sahaja. Tak ada salad dan ulaman pun. Makan sekadar untuk mengisi perut sebelum saya makan ubat sahaja. Boleh klik di SINI untuk entri sandwich sardin sebelum ini. 

Ada ketika, saya tidak memasak pun sardin. Dari tin, terus digaul dengan bahan bahan lain dan terus diletak atas roti yang dilenser dengan majerin. Semuanya terpulanglah pada mood saya pada masa itu. 

Saya tiba tiba teringat dan terasa hendak makan sandwich sardin selepas ternampak dalam Instagram Raja Permaisuri Agong yang menyediakan inti sardin untuk sandwich sebagai santapan DYMM Yang Dipertuan Agong. Nampak sangat sedap dengan basah basah. Sebetulnya kalau yang orang lain masak, semua pun nampak sedap.  

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...


Sandwich Sardin

Bahan bahan:
1 tin sardin
1 biji bawang besar - potong dadu
1 sudu besar minyak masak
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
Sedikit daun sup
1 biji limau nipis
Garam

Cara cara:
Asingkan isi sardin dan kuahnya. Ambil hanya isi sardin dan dihancurkan separuh kasar dengan menggunakan garfu.


Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan isi sardin dan kacau rata sehingga isi sardin sedikit garing.

Masukkan cili merah, cili hijau serta daun sup. Perasakan dengan garam dan sedikit perahan limau nipis. 



Boleh dimakan dengan roti yang telah dilenser dengan mentega. Boleh letak timun, salad atau apa apa sayuran yang disukai.




3 ulasan for "Sandwich Sardin Untuk Sarapan"

  1. Saya doakan Azie selamat menjalani pembedahan dan pulih dengan cepat. banyakan berehat ya.

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan perubatan kak Azie. Take care.

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan urusan pembedahan dan diberikan kesembuhan dengan cepat. aamiin

    BalasPadam