Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen - A Keeper Recipe
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya bersiaran dari bilik ward selepas menjalani prosedur memecahkan batu karang. Lebih seminggu saya suffer dan menderita kesakitan dan implikasi dari jangkitan kerana batu karang. Kali pertama saya membuat keputusan untuk tidak ke hospital kerana saya tak mahu di admit dan akibatnya saya perlu mengambil cuti sakit lagi.
Tapi rasanya inilah percaturan tidak bijak dari saya kerana ianya boleh memberi implikasi serious kerosakan buah pinggang. Batu karang yang tersumbat telah membuatkan pendarahan dan infection yang serius. Akhirnya saya perlu juga dimasukkan ke ward dan perlu juga bercuti sakit.
Alhamdulillah prosedure telah selesai walaupun progress kesembuhan agak perlahan. Sakit masih ada, pening masih ada. Saya masih stress walaupun cuba untuk bertenang. Semalam semasa di emergency ward, saya menangis bila petugas lelaki yang lembut dan calm cakap dengan saya “puan jangan risau, puan kena tenang. Puan sekarang ada di hospital, puan perlu bertenang sahaja”.
Mungkin sebab beliau membaca tekanan darah saya atau mungkin juga bila beliau melihat saya memegang dan memicit micit dahi dan kepala. Saya menangis sebak dengan pesanan yang penuh prihatin. Doakan semoga saya kembali sembuh seperti sedia kala. Aameen. Sekarang kita masuk bab masakan yang mana kuih ini telah saya sediakan dua minggu yang lalu.
Serious sangat sedap kuih seri muka saya hari ini. Inilah rasa sebenar kuih seri muka yang saya cari cari selama ini. Rasa seperti kuih seri muka yang saya makan semasa berkursus di Sasana Kijang. Cukup lemak pulutnya, cukup lemak dan manis lapisan hijaunya. Nama pun kuih, mesti lah ada rasa manis manis sedikit.

Cuma saya ada masalah kerana permukaan atas seri muka saya tak cantik. Berlopak lopak pula walaupun dah dibalut penutupnya dengan tuala. Memang dah lama nak mencari pengukus yang baru. Dulu ada ternampak di Parkson OU tapi sebab nak cepat, saya tak beli. Pergi lepas tu, tak nampak pula. Kena pergi tengok lagi sekali nampaknya.
Saya nak cari pengukus yang bersaiz besar. Sebelum ini saya kukus guna pengukus elektrik TRIO sahaja. Boleh klik di SINI. Entah kenapa hari ni, baru nak kukus atas dapur gas pula. Tapi tak apa lah, buat apa kejadian cantik kalau rasanya tak seberapa. Sekali potong dah 3/4 loyang habis. Saya potong sebelum ianya benar benar sejuk kerana nak bagi Nana makan sebelum dia balik.
Kuih seri muka ini sangat sedap. Berulang alik saya ke dapur. Bukan sahaja lapisan hijau yang sedap tapi juga lapisan pulut yang cukup lemaknya. Saiznya agak besar, kalau untuk makan sendiri dan tidak ramai, mungkin boleh cuba buat separuh adunan dulu.

Jom layan resepi di bawah ini. A keeper recipe. Insya Allah saya akan share video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel sedikit masa lagi. Jika belum subscribe, boleh subscribe ya. Selamat mencuba...
Kuih Seri Muka Kak Lok
Loyang 10” x 10” (guna loyang bulat 10”)
Oleh: Azie Kitchen
Lapisan Bawah:
3 ½ cawan beras pulut rendam 1-2 jam
3 cawan santan – dari 1 biji kelapa
1 sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. Angkat dan ditekan tekankan dengan tangan sehingga sedikit mampat.
Nota:
Bila santan cukup, pulut tak akan melekat, jadi boleh guna loyang yang sama.
Lapisan Atas:
4 cawan santan pekat – dari 2 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan
2 cawan gula pasir
4 biji telur – saiz B
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
6 helai daun pandan - kisar dengan 2 cawan air
Sedikit pewarna hijau
Kisar daun pandan dengan 2 cawan air dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan 4 cawan santan yang diperlukan. Titiskan sedikit pewarna hijau.
Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan 2 cawan santan terlebih dulu, pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung dan kacau rata sebelum masukkan baki santan. Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
Masukkan loyang lapisan bawah ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas, baru ditapis adunan ke atasnya dengan perlahan lahan di sekeliling loyang.
Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Mula mula kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu untuk keluarkan wap sehingga dah turun, baru tutup semula.
Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
Setelah betul betul sejuk, baru dipotong dengan pisau bersaiz kecil.
Tip Mengukus:
Boleh dimasakkan seketika lapisan atas, agak agak ianya keluar wap sahaja.
Boleh gantikan 1 cawan santan dengan 1 cawan air panas mendidih.
Balut penutup pengukus dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan air menitis di atas permukaan kuih. Pastikan penutup pengukus bertutup rapat.
Api biar sederhana sahaja, jangan besar kerana kuih akan menggelembung dan tak cantik.
Tips memotong:
Untuk dapatkan potongan cantik,pastikan kuih seri muka anda telah sejuk betul dan barulah dipotong.
Celupkan pisau ke dalam air panas, lap dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air dan ulanglah sehingga selesai. Boleh gunakan pisau plastik atau pisau besi.
jaga kesihatan ya Zie. Saya doakan Azie cepat sehat dan dapat beribadat dgn selesa. Untungnya, dosa Azie dah kurang kan.
BalasPadamAssalam, Kak Azie..
BalasPadamAllahu, baru tahu Kak Azie warded, sy doakan akk diberi kesembuhan segera.
Untuk pengukus yg besar, sy tak pastilah kak zie dah ada atau belum, namanya Europlus Super Marble Cooker. Kak Azie boleh cari di wow shop.Memnag best guna pengukusnya malah ia juga boleh diguna utk banyak style masakan lain, puas sebab saiznya besar,
Semoga kak azie cepat sembuh Dan dipermudhkn segala urusan aamiin
BalasPadamTerima kasih & didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan & kesembuhan. Ameen.
BalasPadamBole tau brapa lame nakntunggu lapisan atas masak?. Da da kluar da dkt 2jam. Yg atas masih nmpk berair
BalasPadam