Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Ikan Percik Merah Kelantan adalah antara lauk pauk kegemaran saya dan anak anak. Walaupun kami jarang balik ke Kelantan, mereka suka makan makanan dan lauk pauk Kelantan kerana saya kerap menyediakannya di rumah. Kadang kadang sarapan pun, mereka memilih makanan Kelantan seperti nasi dagang, nasi kerabu, laksam dsb.

Mungkin ramai yang ada melihat di Instagram yang saya dimasukkan ke ward kerana mengalami masalah batu karang. Saya sebenarnya telah sakit sejak seminggu sebelumnya tapi saya hanya ke klinik sahaja. Saya mengambil ubat dengan harapan ianya akan sembuh dengan sendiri. Tapi keadaan menjadi bertambah parah, bila saya mulai pening kerana kesan infection. 

Apa yang saya ingin tulis di sini bukan berkenaan dengan sakit saya tetapi berkenaan video oleh Dato Dr Nordin Darus bagaimana menghadapi penyakit dan tua secara cantik. Antaranya ialah belajar untuk hidup sendiri andai partner kita pergi dulu. Jangan lagi ada perasaan jeles pasal orang, dah tak ada masa. Kita juga akan berkawan dengan penyakit. Belajar untuk hidup dengan penyakit. Jika belum menpunyai penyakit, tukar gaya hidup sihat mulai sekarang.

Sikap positif sangat penting. Tak usah pening pening. Take life as it is. Jangan rungsing, sebaliknya kena rasa seronok dengan apa yang kita ada sekarang. Jika ada peluang, pergi lah bercuti. Masalah politik dan masalah masyarakat yang besar, jangan masuk campur kerana mereka pun tak akan ambil tahu, andai kita sakit atau menpunyai masalah. Masalah anak cucu pun sama, biarlah mereka handle sendiri masalah mereka. Kita hanya membantu, bila dirasakan perlu sahaja.   

Saya rasa pesanan dan nasihat dari Dato Dr Nordin Darus ini sangat berguna. Malahan ketika saya sedang sakit di ward, kawan kawan tengah rancak dengan PRK Tanjung Piai. Jadi WhatsApp group penuh dengan pelbagai gambar dan mesej politik. Saya mengambil pendekatan seperti yang diajar dalam video tersebut untuk tidak ambil kisah. 

Saya hanya mahu bertenang dan memberi tumpuan kepada pemulihan kesihatan saya. Saya tidak mahu menambah tekanan darah saya yang memang tidak stabil bila kita dalam kesakitan. OK setakat ini dahulu, semoga kita sama sama mengamalkan kehidupan yang positif sepanjang masa.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi ikan percik merah Kelantan yang sangat mudah dan sedap. Walaupun mudah tapi agak susah untuk mendapatkan ikan percik yang sedap yang dijual di restoran. Hanya orang Kelantan yang tahu bagaimana rasanya kuah percik original. 

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Kalau cara penyediaan tradisional, ikan akan dicucuk dengan lidi supaya ikan tidak patah ketika dibakar. Ikan dibakar atas arang menggunakan buluh “perange”. Jadi ikan yang dibakar cantik kerana ikan tidak akan melekat. Tapi sekarang, bila bakar dengan kuali ajaib, ikan akan melekat walaupun telah dilenser dengan minyak. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Ikan Percik Merah Kelantan

Bahan bahan:
3-4 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit
¼ kg santan pekat segar 
2 - 2 ½ sudu besar gula
Garam
1-2 keping asam keping
1 sudu besar tepung beras - bancuh dengan sedikit air

Bahan kisar:
1 batang serai
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - guna 1 sudu kecil cili kisar
1 inci halia

Cara cara:
Ikan dikelar dan dilumur garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.  

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Bahan kisar dimasak dengan santan sehingga kuah hampir pekat dengan menggunakan api perlahan. Masukkan gula, garam dan asam. 

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Akhir sekali, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga kuah pekat dan berkilat. 

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Sesuaikan rasa dan bolehlah dilumur pada ikan yang telah dibakar. 

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Nota:
Boleh juga dimasukkan ikan yang dibakar ke dalam kuah percik dan biarkan seketika sebelum dihidangkan. 


Catat Ulasan for "Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap"