Dodol Kuala Pilah
Ohh bila menggunakan tepung beras pulut, dodolnya terlalu licin dan glowing sangat. Hahaha kalau guna beras yang dikisar, teksturnya lebih kasar dan sedap. Saya tambah juga ½ cawan kelapa parut untuk menambah tekstur dan rasa lemak pada dodol.
Saya meminta beliau tolong membelikan untuk saya tapi katanya dodol ini biasanya dimasak di bulan Ramadhan sahaja. Jadinya saya memutuskan untuk menyediakannya sendiri di rumah. Lama lagi nak tunggu Ramadhan. Lagi pun, ala ala tengah seronok dapat memasak dodol dengan cepat menggunakan periuk Noxxa.
Saya sangat berpuashati dengan kejadian dodol ini. Memang sedap dan tidak terlalu manis. Sedang sedang sahaja. Lepas ni, boleh sediakan dodol sendiri di rumah. Boleh buat dalam kuantiti yang sekadar cukup untuk makan seminggu atau dua. Dengan kata lain, dapat makan dodol fresh.
Jom pakat ramai ramai sediakan sendiri dodol di rumah. Seronok bila melihat suami dan anak anak makan dodol yang kita hasilkan. Maklumlah zaman dulu, dodol hanya disediakan di musim perayaan sahaja. Memakan masa berjam jam untuk disiapkan. Sekarang dengan Noxxa, sangat cepat. Set masa stir fry 30 minit sahaja.

Jom layan resepi dodol Kuala Pilah yang ditunjukkan oleh rakan IG. Malahan beliau telah memberikan link video masyarakat kampung Kuala Pilah sedang menyediakan dodol dalam kawah.
Bahan bahan:
½ kg beras pulut
1 kg santan pekat
½ kg gula Melaka
400 gram gula pasir
½ cawan kelapa parut - opsyenal
Sedikit kapur
Cara cara:
Beras pulut direndam selama 3-4 jam dan dikisar hancur. Tuang ke dalam periuk.
Masak gula Melaka, gula pasir dan gula merah dengan sedikit air sehingga gula larut.
Nota:
Boleh masukkan sedikit kelapa parut, jika suka.
Catat Ulasan for "Dodol Kuala Pilah"
Add your comment