Riadah Hari Minggu Di Tasik Putrajaya
Dari kelab, kami berjalan kaki ke perhentian pertama di mana kami bersarapan sekadar mengisi perut di tepi tasik dengan mengadap pemandangan tasik dan masjid yang cantik. Nasi lemak dalam bungkusan comel tetapi banyak ikan bilis di dalamnya. Bertambah sedap bila dimakan beramai ramai di tepi tasik. Selepas makan, kami meninggalkan makanan yang selebihnya di bawah gazebo di situ.
Kami kemudian memulakan brisk walking dan jogging sehingga ke jetty Istana Darul Ehsan milik DYMM Sultan Selangor. Kami singgah bergambar sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.
Check point pertama kami selepas itu ialah tempat menyewa pelbagai jenis basikal di Bubbles and Beans di Ayer 8. Sebetulnya tempat ini hanya dibuka waktu petang tapi sebab arrangement telah dibuat, mereka buka hanya untuk kami.
Selepas masing masing memilih basikal, kami meneruskan perjalanan dengan basikal pula. Pada mulanya saya memilih basikal yang fully auto yang tidak perlu dikayuh tapi saya tidak berapa pandai untuk mengimbangkan badan, akhirnya terpaksa bertukar dengan Hubby. Kami berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar.
Selepas masing masing memilih basikal, kami meneruskan perjalanan dengan basikal pula. Pada mulanya saya memilih basikal yang fully auto yang tidak perlu dikayuh tapi saya tidak berapa pandai untuk mengimbangkan badan, akhirnya terpaksa bertukar dengan Hubby. Kami berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar.
Separuh perjalanan pertama, saya mengayuh basikal secara manual. Saya memang dari kecil berbasikal ke sana ke mari. Jadi memang tak ada masalah. Akhirnya bila penat, baru saya on kan basikal untuk semi auto. Di mana saya hanya perlu mengayuh pedal dan melepaskan untuk basikal meluncur sendiri sebelum dikayuh lagi. Jadi kuranglah sedikit penatnya. Boleh juga basikal ini dibuat auto tapi saya risau kerana ia meluncur agak laju.
Kami berhenti di perhentian akhir untuk bergambar beramai ramai sebelum berpatah balik untuk memulangkan basikal. Kebetulan ada pasangan yang sedang melakukan brisk walking, jadi mereka yang tolong mengambil gambar kami beramai ramai.
Selepas makan, kami turun dan kembali berjalan kaki untuk ke kelab. Kami singgah di tempat di mana kami meninggalkan makanan dan minuman. Haa nasib baik masih ada kerana niat pun, jika orang ambil, kira sedekah lah. Kami berhenti makan kuih donut dan pau goreng inti kacang merah yang sedap.
Selepas makan dan minum, kami berjalan ke arah kelab. Kami berhenti bergambar di tempat signage yang menunjukkan kami telah berjalan sebanyak 6.5 km atau 10000 langkah jika mengikut semua trail yang disediakan dan dapat membakar 360 kalori.
Dari situ, kami ke kereta di mana Dato Alias telah memberikan ole ole dari Mekah berupa sejadah dan air zam zam termasuk kurma dan buah kismis.
Dengan itu, berakhirlah program riadah kami bersama BFF alumni yang sangat kami sayangi. Memang sangat memenatkan tapi hati gembira dan berpuashati. Bila di tengok pada jam, macam tak percaya pula sebab baru pukul 12.00 tengahari. Maknanya hanya 4 jam kami beriadah tapi rasa seperti pencapaian 100%. Hahaha keberkatan masa.
Jom semua follower saya, jom sama sama beriadah di Tasik Putrajaya. Kalau ikutkan kami mahu berkelah dengan membentang tikar dan makan makan sambil mengadap tasik. Pasti lebih menyeronokkan. Akhir sekali, selamat hari lahir pada YB Khairi pada hari ini. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Catat Ulasan for "Riadah Hari Minggu Di Tasik Putrajaya "
Add your comment