Nasi Goreng Telur Garing
Kuliah Maghrib Al Fadhil Ustaz Mohd Taufik bin Mohamed Yusof, 40 Hadis Qudsi mengupas hadis ke 7 iaitu ganjaran demam. Sesungguhnya sabar itu ialah tindak balas pertama kali ketika ditimpa ujian. Itu tanda kita sabar atau tidak. Ada orang terus marah atau sedih bila ditimpa ujian. Setelah bertenang atau dinasihati, baru menerima ujian tersebut dan redha. Kalau ikut apa yang dikatakan oleh Rasulullah sabar ialah reaksi pertama. ketika ditimpa ujian.
Bukan mudah untuk kita bersabar dengan ujian. Orang beriman yang hadapi sabar, akan diberikan ganjaran yang besar. Apa yang Allah datangkan sakit demam pada orang beriman maka panasnya menjadi penawar api neraka pada hari kiamat. Panas di dunia untuk selamatkan kita dari kepanasan dibakar api neraka. Inilah antara kelebihan dan khabar gembira yang disampaikan Rasulullah iaitu kelebihan bila Allah datangkan sakit demam kepada hamba Allah.
Bukan mudah untuk kita bersabar dengan ujian. Orang beriman yang hadapi sabar, akan diberikan ganjaran yang besar. Apa yang Allah datangkan sakit demam pada orang beriman maka panasnya menjadi penawar api neraka pada hari kiamat. Panas di dunia untuk selamatkan kita dari kepanasan dibakar api neraka. Inilah antara kelebihan dan khabar gembira yang disampaikan Rasulullah iaitu kelebihan bila Allah datangkan sakit demam kepada hamba Allah.
Bagaimana hendak melihat betapa besarnya ganjaran yang Allah bagi? Dalam surah Ali Imran ayat 185, bermaksud barang siapa di kalangan manusia yang terselamat dari azab neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan hakiki di sisi Allah. Orang yang dapat selamatkan diri dari api neraka ialah orang yang berjaya hakiki. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan semata mata.
Bila mana berbicara bab azab neraka dan syurga iaitu hal ehwal hari akhirat yang kita mesti beriman dengannya. Bila beriman dengan hari akhirat termasuklah beriman dengan azab neraka. Perkara ghaib yang kita hanya mampu mendengar dari Al Quran, Hadis untuk kita yakin. Walaupun kita tak pernah merasainya. Tapi kita wajib beriman dengan dalil yang membicarakan azab neraka. Dalil dalam Al Quran dan Hadis yang berbicara tentang azab neraka. Hadis kitab penawar bagi hati yang membahaskan tentang hati yang perlu dirawat selepas tahu azabnya api neraka.
Nabi menyatakan bahawa seringan ringan azab bagi ahli neraka ialah bila diletak di bawah tapak kaki bara api neraka, mendidih otaknya. Bila mana berlakunya azab itu menyatakan bahawa sesungguhnya mereka menyangka mereka lah yang diazab dengan azab paling teruk di neraka. Nabi menegaskannya bahawa mereka hanya diazab dengan azab paling ringan.
Gambaran yang Nabi ingin sampaikan kepada kita bahawa azab paling ringan tapi disangka seolah azab paling teruk di neraka. Jika itulah yang paling ringan bagaimana hendak membayangkan azab yang paling berat. Adakah kita sanggup hendak hadapi azab.
Bagaimana pula tempoh masa dalam neraka di mana 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Sebagai hamba Allah, kita kena faham betapa azab yang Allah janjikan. Jadi beruntunglah mereka yang ditimpa sakit di dunia.
Hadis ini mengajar adab dalam kita menziarahi orang sakit. Menziarah orang sakit juga satu ibadah. Ibadah itu ada adab. Jangan buat sesuatu yang merosakkan ibadah. Sama juga dengan ibadah lain, juga ada adab dan akhlak. Contoh, adab solat berjemaah kena jaga. Luruskan saf. Jangan ikut kepala sendiri. Ada adab dan akhlak. Jangan makan makanan berbau bila hendak solat berjemaah. Satu lagi perokok tegar yang merokok sebeum solat berjemaah yang mengganggu jemaah lain.
Apa yang ditimpa di dunia maka ia akan beri kesan di akhirat bila kita hadapi sebagaimana orang beriman. Jangan rasa stress atau down bila ditimpa sakit dan ujian. Sakit adalah peluang untuk seseorang meningkatkan darjat di sisi Allah. Sekarang kita masuk bab resepi dan masakan pula.
Untuk mendapat nasi goreng garing seperti ini, kita perlu membesarkan api selepas dimasukkan nasi. Goreng sehingga benar benar garing dan nasi melompat lompat dalam kuali, ala garing hangus hangus sikit pada nasi.
Sekali sekala, kita buat kelainan dalam masakan. Jangan terlalu taksub macam orang yang komen dalam youtube channel saya sehingga tidak boleh berubah. Kalau masak kuah lodeh, kena letak kuah banyak, tak ada letak lengkuas halia, tak boleh letak udang hidup. Kena makan dengan sambal kacang, bukan sambal ikan bilis. Banyak nau yang itu tak boleh, ini tak boleh. Sedangkan dalam blog saya, ada 3-4 jenis resepi kuah lodeh yang berbeza. Pilih jer yang mana resepi yang disukai. Ada resepi yang pure dari Johor juga.
Jom layan resepi yang saya guna di bawah ini dan jgangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..
Nasi Goreng Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2-3 biji telur
Garam
Gula
Bahan tumbuk kasar:
10 tangkai cili api - 2 sudu besar cili kering kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis
Cara cara:
Gaulkan nasi dengan garam dan sedikit gula. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan telur dan biarkan sedikit mengeras, baru dikacau rata. Masukkan garam, jika belum cukup garam.
Masukkan nasi dan besarkan api. Kacau rata sehingga kering garing seperti ada hangit hangit nasi dan nasi terlompat lompat.
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Telur Garing"
Add your comment