Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Goreng

Nasi Goreng Ikan Goreng

Manusia tidak akan lepas diuji dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan saya. Kadang kadang ujian didatangkan melalui suami, anak anak dan cucu atau tempat kerja. Semua ujian didatangkan untuk menambah warna dan pelangi dalam kehidupan. Bayangkan jika kita tiada menpunyai masalah langsung, tentu tak seronok kan. Tiada cabaran. 

Kadang kadang ujian datang dari dalam diri sendiri. Perasaan rendah diri dek kekurangan diri. Sedangkan motor dan fizikal kejadian manusia yang pelbagai rupa dan warna kulit tidak dapat dihasilkan dari mana mana kilang di muka bumi ini. Ianya adalah ciptaan Allah semata. Apa yang boleh kita lakukan ialah berdoa pada Allah sahaja agar menjadi insan terbaik. Merasa ketidaksempurnaan diri adalah sesuatu yang baik.  

Cuma saya sedikit tergaman bila saya pertama kali meluah perasaan pada seseorang tentang kelemahan yang menyekat saya selama ini. Saya terkejut dengan komen yang diberi. Betapa tahap kematangan beliau yang mampu melihat semuanya dari sudut yang positif. Dia melihat ianya sebagai satu keunikan umpama seorang yang menpunyai lesung pipit di pipi yang menambah kecantikan. Sedikit muhasabah diri buat peringatan diri sendiri. Sekarang pindah masuk bab nasi goreng pula.

Alahai nasi goreng saya hari ini sangat sedap. Hajat hati nak mengulang makan, tapi kehampaan kerana habis licin dimakan Hubby dan anak anak. Itulah tandanya nasi goreng ini sedap. Nasi goreng kampung jer, sesuai dengan selera anak kampung. 

Nasi Goreng Ikan Goreng

Saya menggunakan ikan yang baru digoreng. Ikan yang dilumur garam kunyit dan digoreng garing. Sepatutnya guna ikan lebihan yang tidak habis dimakan. Tapi sebab tak ada stock, saya goreng dan carik carikkan isinya. Nak lagi berperisa, nasi digaulkan dengan isi ikan, garam dan gula sehingga bergaul rata sebelum digoreng.

Sangat sedap nasi goreng ini. cili kisar yang digoreng garing akan jadi berkeping macam cili kering flake sebab saya tidak kisar halus. Haa jadi macam nasi goreng cili kering. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jika belum subscribe, bolehlah subscribe. Selamat mencuba...


Nasi Goreng Ikan Goreng

Nasi Goreng Ikan Goreng

Bahan bahan:
700 gram nasi putih
2-3 ekor ikan kembung goreng - ambil isi
2-3 biji telur
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar garam
1/2 sudu kecil gula

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang merah

Cara cara:
Ikan yang digoreng diasingkan isi dan tulang. Disiak siakkan isi ikan dan disatukan dengan nasi putih. Masukkan gula dan garam. Gaul rata dan ketepikan.

Nasi Goreng Ikan Goreng

Nasi Goreng Ikan Goreng

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak. 

Nasi Goreng Ikan Goreng

Pecahkan telur dan biarkan telur sedikit mengeras sebelum dikacau. 

Masukkan nasi yang telah digaul dengan ikan tadi. kacau sebati. Perasakan dengan garam. Bolehlah ditutup api. 

Nasi Goreng Ikan Goreng


3 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Goreng"

  1. nasi goreng lebihan ikan goreng semalam membangkitkan nostalgia masa zaman sekolah rendah. sangat sedap bila makan bekal nasi goreng ni dan sampai sekarang nasi goreng ni memang all time favorite

    BalasPadam
  2. memang nasi goreng letak ikan paling sedap..cili kering tu saya tumbuk utk dapatkan flakenya. memang sedap dan kena buat 1 kuali besar. confirm habis....hujung minggu ni boleh buatlah..

    BalasPadam