Kuah Lodeh Yang Sangat Sedap
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Zainal Rashid Ahmad berkenaan Rahsia Kematian & Alam Akhirat. Antara petikannya ialah bahawa siksaan kubur untuk orang kafir. Saidina Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah SAW, Surah Thaha ayat 124, "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Azab bagi orang kafir, mereka akan dililit oleh 99 ekor ular besar yang menyengat dan akan mengoyak ngoyak tubuhnya sehingga hari kiamat. Siksa kubur berterusan sehingga hari kiamat. Dalam sebuah dialog antara Nabi dan sahabat, Rasul bersabda: Adakah engkau ketahui, kepada siapa diturunkan ayat ini? Thaha ayat 124 (Maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit). Para sahabat pun menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.
Nabi Bersabda: azab bagi orang kafir di dalam kuburnya itu berupa siksa sembilan puluh sembilan tinnin. Tahukah kamu apa itu tinnin? Yaitu sembilan puluh sembilan ular. Sedang tiap-tiap ular itu mempunyai tujuh kepala yang mencakar, menjilat (menggigit) dan meniup hingga bengkak pada tubuh orang kafir. Adzab itu berlangsung hingga kiamat (Al-Hadist).
Kita takut dengan siksa kubur kerana kita keseorangan kecuali amalan kita yang akan menemani. Semua amalan yang dilakukan oleh seseorang akan terputus bila meninggal kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan. OK sekarang kita masuk bab masakan pula.
Sebenarnya dah hampir berbulan juga teringin nak makan masak lodeh yang kuahnya ditumis. Ada beza ke? Hahaha entahlah tekak tiba tiba rasa nak makan yang macam tu. Teringat kuah lodeh di rumah jiran yang dimasukkan sekali petai dan daun limau purut. Seddaaap sangat. Resepi kuah lodeh saya selama ini yang versi tidak ditumis. Resepi yang saya dah guna hampir 30 tahun lamanya.
Resepi tersebut, saya belajar dari Kak Yatie, bekas rakan sekerja yang berasal dari Johor. Dia memang pandai memasak pelbagai jenis masakan dan lauk pauk terutamanya dari Johor. Boleh klik di SINI untuk entri tersebut. Saya juga belajar membuat soto ayam pun dari dia juga. Boleh klik di SINI.
Nak makan kuah lodeh dengan nasi impit sekarang tak perlu tunggu hari raya sahaja. Tiap tiap minggu pun boleh makan jika rajin nak membuatnya. Kalau rasa malas, boleh cari di kedai tapi biasanya kuah lodeh di kedai jarang yang menepati citarasa kita.

Sambil menyediakan bahan lain saya memasak sambal tumis ikan bilis untuk dimakan bersama kuah lodeh. Versi campak campak jer kerana masa tu dah rasa terlalu penat. Sehingga tak sempat pun nak snap gambar yang dah siap. Bila siap jer hari dah mendung kerana hujan petir sangat kuah sebelum tu. Itu yang mood untuk memasak pun dah hilang.
Tapi serious, memang sedap kuah lodeh saya hari ini. Giler sedap. Saya makan menambah nambah, pagi esoknya makan lagi untuk sarapan. Sebelah malam makan lagi. Haa maknanya sangat sedap lah tu. Lepas makan terus ambil ubat allergi. Tak nak ambil risiko sebab dalam kuah ada udang kering dan juga diletak udang hidup.
Saya masak kuah lodeh ni hanya untuk seperiuk sahaja. Saja untuk makan sendiri. Anak anak memang tak suka masakan bersayur macam ni. Jika mahu memasak dengan kuantiti yang banyak seperti untuk majlis, tinggal gandakan sahaja bahan kisar dan sayur sayuran.

Jom layan resepi saya hari ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba.
Kuah Lodeh
Oleh: Azie Kitchen
Bahan kisar:
3 biji bawang merah
½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 inci kunyit hidup
2 hiris lengkuas
1 sudu besar udang kering
Bahan lain:
1 liter santan pekat
1 mangkuk udang
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Sayur sayuran:
2-3 batang terung
Bahan goreng:
Sedikit suuhun
sedikit sayur pucuk - rendam semalaman
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1/4 biji kubis besar
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili merah
Petai - opsyenal
Daun limau purut - opsyenal
2 keping tauhu dipotong 8 dan digoreng
3 ketul tempe - potong nipis dan digoreng
Cara cara:
Cara cara:
Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan sayuran yang lambat empuk seperti karot.
Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan semua sayuran mulai yang keras sehingga yang lembut.
Masak lagi sehingga mendidih dan masukkan udang, suuhun, fucuk, tempe dan tauhu.
Masukkan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan santan pekat dan cili merah. Nota: sebenarnya boleh jer tak perlu santan pekat, sekadar santan biasa jer kerana versi tumis, santan tak akan berketul ketul.
Masak selama beberapa minit lagi, bolehlah tutup api. Boleh dihidangkan dengan sambal kacang atau pun sambal ikan bilis.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
100 gram/1/2 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam kasar
1/4 keping gula Melaka
2 sudu kecil gula pasir
Minyak
Bahan kisar:
6 sudu besar cili kisar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan - opsyenal
Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu.
Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.
Masukkan pes asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.
Setelah terbit minyak, masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu.
Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi separuh darinya dimasukkan akhir sekali.
Nota:
Ada orang tak meletakkan bawang putih dalam sambal tumis. Jadi kalau tak suka, tak perlu masukkan.
Nota:
Ada orang tak meletakkan bawang putih dalam sambal tumis. Jadi kalau tak suka, tak perlu masukkan.
Catat Ulasan for "Kuah Lodeh Yang Sangat Sedap"
Add your comment