Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Pari Bakar Dengan Air Asam Pencicah

Ikan Pari Bakar Dengan Air Asam Pencicah

Oleh kerana hari itu, saya membeli separuh dari ikan pari yang bersaiz agak besar, jadi agak banyak lah juga hasilnya. Saya memberi sedikit pada Nana dan selebihnya di bawa balik. Saya gunakan sedikit untuk dibuat Asam Pedas di SINI.

Oleh kerana ikan ni agak segar, saya terfikir untuk menyediakan ikan bakar. Masya Allah sangat sedap ikan pari segar bila dibakar. Terutama ketika panas panas. Isinya lembut dan rasa lemak lemak, wallaa sedap. Kena pastikan ikan segar. Kalau yang kita beli di kedai runcit, kita pun tak tahu berapa lama ikan tersebut dibekukan. 

Ikan pari ini kalau ikut cerita abang yang menjual ikan, mereka ambil dari Pantai Remis Perak. Mereka bertolak pukul 3.00 pagi dan sampai di sana pukul 7.00 pagi. Selepas siap mengambil ikan, mereka terus bertolak balik dan berjual di Denai Alam (sebelah Mc Donald) mulai pukul 2.00 petang setiap hari Khamis. Jadi memang ikan sangat segar lah.

Ikan Pari Bakar Dengan Air Asam Pencicah

Kalau ada ikan bakar, wajib lah air asam pencicah. Saya suka juga cicah dengan kicap dan cili potong tapi hari ini buat asam pencicah. Main potong potong apa yang ada dalam peti ais jer. Hasilnya sedap. Yang penting, sebahagian dari bahan bahannya dikisar bagi menghasilkan air asam yang pekat dan sedap. Sebahagian lain dipotong dadu. 

Ikan pula kena bakar bagi garing, saya memang tak suka ikan bakar tapi air bertakung dalam daun pisang atau dalam aluminium foil. Itu bukan ikan bakar namanya. Hahaha

Jom layan resepi dan cara penyediaan ikan bakar dan air asam pencicah di bawah ini. Sekali sekala makan macam ni, tak rasa bersalah tau. Sebabnya kerana ia adalah makanan yang sihat... tiada lemak lemak. Selamat mencuba..


Ikan Pari Bakar Dengan Air Asam Pencicah

Ikan Pari Bakar
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan pari
Serbuk kunyit
Garam
Daun pisang secukupnya

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Susun daun pisang dalam kuali ajaib dan bakar ikan sehingga masak. 

Ikan Pari Bakar Dengan Air Asam Pencicah

Balikkan sehingga ikan garing cantik di kedua dua belah permukaan. 

Ikan Pari Bakar Dengan Air Asam Pencicah

Air Asam Pencicah

Bahan bahan:
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 batang cili merah - hiris
2-3 biji cili api - hiris
1/2 biji tomato - potong dadu
1-2 biji limau nipis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil pes asam jawa

Cara cara: 
Sebahagian dari bawang, buah tomato dan cili dikisar dengan pes asam jawa dan sedikit air. 

Masukkan gula, garam dan perah air limau nipis ke dalamnya. Kacau sebati. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 



Catat Ulasan for "Ikan Pari Bakar Dengan Air Asam Pencicah"