Bubur Asyura Kelantan Yang Sangat Nostalgia
Setiap kali diadakan majlis makan malam tahunan, saya memang akan hadir kecuali tahun lepas di mana saya sedang bercuti sakit selepas pembedahan di kaki. Oleh kerana kali ini adalah majlis makan malam terakhir saya dalam perkhidmatan, jadi saya tidak melepaskan peluang untuk hadir. Artis jemputan adalah Dato Seri Siti Nurhaliza yang kehebatan persembahan dan suaranya tidak dapat dinafikan lagi.
Saya pasti merindui sahabat dan rakan sekerja. Maklumlah, saya menghabiskan sebahagian besar masa bersama mereka di pejabat. Selepas ini, saya akan menyesuaikan diri dan memulakan kehidupan baru. Huhuhu sedih kan. OK sekarang kita masuk pula bab asyura Kelantan yang memang masakan kegemaran saya sejak kecil. Setahun sekali pasti menunggu kot ada acara memasak asyura.
Bubur Asyura atau dipanggil sebagai sugho di Kelantan menpunyai rasa yang berbeza dengan asyura utara atau asyura di tempat lain. Ada yang kata asyura Kelantan manis dan ada yang kata berbau dan rasa seperti majun. Tapi asyura saya hari ini berbau sangat sedap. Ketika dimasak, bau semerbak sahaja memenuhi ruang dapur.
Apa apa pun, bagi anak Kelantan seperti saya yang dibesarkan dengan aktiviti bergotong royong mengacau asyura di dalam kawah besar, ianya adalah momen yang sangat istimewa. Kami beramai ramai duduk di luar rumah melihat orang bergilir gilir mengacau asyura.
Sebaik sahaja masak, masing masing bersedia dengan tempurung kelapa untuk mengisi asyura. Tempurung adalah dari kelapa yang digunakan untuk mendapatkan kelapa parut dan santan yang digunakan dalam asyura. Daun kelapa pula dipotong untuk dijadikan sudu. Makan asyura dalam tempurung menggunakan daun kelapa. Haa tak nostalgia ke tu.

Hari ini saya memasak untuk 1 kilo beras. Hajat hati hanya mahu menggunakan periuk Noxxa tapi dah tersalah perkiraan kerana periuk Noxxa boleh memuatkan 250 gram beras sahaja. Ini adalah kerana akan dimasukkan lagi segala jenis kekacang.
Di masa depan, jika sekadar untuk makan keluarga sendiri, cukup dengan hanya menyediakan 250 gram beras sahaja. Sebab kita boleh menggunakan periuk Noxxa. Hari tu saya masak beras guna periuk Noxxa juga tapi terpaksa dibahagi dua bahagian dan dimasak beberapa kali. Sebab tak muat, adunan dikeringkan dalam periuk besar, bukan stir fry dalam periuk Noxxa. Jadi memang sangat memenatkan dan lama untuk mengeringkan asyura. Kalau di Kelantan, akan dimasak sampai "sering".
Asyura ini selepas sehari lagi sedap, lebih lebih lagi dimakan ketika sejuk sejuk. Kalau zaman dulu, kuih asyura yang tak habis akan dihiris nipis dan dijemur di bawah matahari. Sedap juga. Maklum masa tu, tak ada elektrik. Sah sah lah peti sejuk pun tak ada.
Asyura saya hari ini, rasa secukup jer manisnya. Sebetulnya kalau nak rasa manis atau tidak, ceduk dengan menggunakan sudu dan biarkan sejuk dulu, baru dirasa. Kalau dirasa masa panas panas, akan kemungkinan kita terlebih memasukkan gula.
Jom layan resepi yang saya gunakan dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....

Bubur Asyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
1 kg beras
1/2 kg kacang hijau
4 biji telur - opsyenal
Air secukupnya - termasuk air rebusan daging
Bahan B:
150 gram kacang merah - boleh tambah
6 tongkol jagung - saya guna 3
2 biji ubi keledek - potong dadu
Bahan C:
1 1/2 biji kelapa - 1500 ml santan
200 gram rempah asyura
Bahan goreng dan kisar di bawah
Bahan D:
1 kg daging - kalau 1 1/2 kg lagi sedap
1 1/2 - 2 sudu besar garam kasar
6 cawan gula - ikut suka manis
1 sudu besar gula apong - opsyenal
2 keping gula melaka
Bahan Goreng & Kisar:
14 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
Cara cara:
Rebus daging menggunakan periuk Noxxa 20 minit. Selepas masak, carik carikkan daging seperti sambal daging.
Goreng bahan kisar dengan sedikit minyak dan kemudian dikisar hancur. Masukkan semula ke dalam kuali.
Masukkan santan dan rempah asyura bersama bahan kisar. Kacau sehingga naik minyak muda. Tutup api dan ketepikan.
Masak beras dengan kacang hijau dengan air secukupnya sehingga beras menjadi bubur. Setelah nasi menjadi bubur, masukkan kacang merah dan kacang putih (jika guna), jagung dan ubi keledek.
Masukkan rempah yang dimasak di atas, gula, gula Melaka dan garam. Kacau rata.
Masukkan daging dan telur. Kacau rata sehingga pekat. Guna stir fry jika guna periuk Noxxa. Kacau sampai pekat dan berat. Kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat, boleh lah ditutup api.
Tuang asyura ke dalam loyang yang dilapik daun pisang. Bila sejuk bolehlah dipotong. Jika sebelum sejuk, asyura dimakan panas panas menggunakan sudu.
Nota:
Kalau hendak menggunakan periuk Noxxa, masak hanya 250-300 gram beras.
Jika suka, boleh goreng beras tanpa minyak sehingga garing dan wangi. Beras tersebut dikisar halus dan ditabur atas asyura. Lagi sedap dan wangi baunya.
Jika suka, boleh goreng beras tanpa minyak sehingga garing dan wangi. Beras tersebut dikisar halus dan ditabur atas asyura. Lagi sedap dan wangi baunya.
Uniknya cara memasak Asyura Kelantan, bila siap asyuranya sekali pandang macam rupa kole kacang.
BalasPadamsalam Azie! saya nak try resepi tu nanti... saya suka bubur asyura.
BalasPadampuan sy tanya.. rempah asyura ni.. kat kana ye nak dapat kan nya.. terimakasih..
BalasPadam