Asam Rebus Ikan Pari
Kuliah Maghrib oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Karim bin Mat Saad bab Kitab Risalah Tauhid muka surat 70. Sifat yang wajib dan pasti ada pada seseorang Rasul adalah 4 iaitu Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah. Kali ini diulas untuk sifat Amanah dan Tabligh.
Amanah adalah kepercayaan. Hakikat sebenarnya kepercayaan ialah terpelihara dari zahir dan batin dari melakukan perkara haram, makruh dan yang menyalahi aula dari mula kejadian sehingga wafat. Ertinya mereka maksum, terpelihara dari melakukan perkara tersebut zahir dan batin. Ustaz kongsikan juga bab Nabi Adam dikeluarkan dari syurga yang dikatakan kerana telah melakukan dosa.
Yang sebenarnya Nabi Adam diberi pilihan. Jika makan buah tersebut, akan dikeluarkan dari syurga. Nabi Adam tak berdosa pun tapi dia merasakan pilihannya salah yang menyebabkan baginda berdoa dan bertaubat. Orang yang dekat dengan Allah, merasa ianya satu kesalahan. Walaupun hakikat Allah beri pilihan pada Nabi Adam. Itu maksudnya amanah. Tak ada kena goda dengan iblis syaitan. Iblis cuba tapi tak ada kesan pun pada Rasul rasul. Aula contohnya kita tak guna air zam zam untuk basuh najis walaupun tak berdosa.

Ada yang diperintah untuk Rasul sendiri sahaja dan ada terpilih yang terpulang samada untuk disampaikan atau tidak dan ketiga ialah perintah untuk disampaikan pada manusia lain. Sampaikan bukan sahaja kebaikan tapi juga mencegah kejahatan. Bukan sahaja berkenaan dengan nikmatnya syurga tetapi juga azabnya neraka. Cukup setakat ini, kita masuk bab resepi pula.
Resepi hari ini ialah asam rebus ikan pari. Saya menggunakan baki ikan pari yang saya guna untuk memasak asam pedas ikan pari di SINI dan ikan pari bakar cicah air asam di SINI. Selebihnya saya menyediakan asam rebus ikan pari. Idea ini dapat bila abang yang menjual ikan memberitahu bahawa ikan pari ni sedap dimasak apa sahaja. Antaranya yang disebut ialah asam rebus ikan pari.
Kebetulan hari saya memasak lauk ini, Boy dan Mia ada di rumah. Ramai pula peminat ikan pari ini sehingga ramai bertanya ada lagi ke. Dah masak pun 4 ketul sahaja, sekejap jer dah licin.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3-4 keping ikan pari
1 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
Daun kesum
6-7 batang kacang bendi
Garam
Bahan kisar:
4 tangkai cili kering - 1 sudu besar cili kering kisar
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara cara:
Owh menarik Azie!... masak simple2 gini mmg sedap.
BalasPadam