Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

Bila saya kongsikan video penyediaannya di Instagram IGTV, ramai yang memberi komen yang mereka juga suka nasi goreng yang simple seperti ini. Nasi Goreng Ikan Bilis Simple yang sedap. Saya kalau nasi goreng, memang feveret habis. Boleh makan bila bila masa jer pun. 

Kalau nasi goreng yang dimasak sendiri di rumah, memang sedap berbanding yang dibeli di kedai. Walhalnya nasi goreng kosong jer. Hanya ikan bilis dan telur. Tak ada sayur sayuran pun. Hmm macam mana tu. 

Kalau sayuran, saya suka menggunakan kacang panjang supaya rasa krup krap krup krap. Selain kacang panjang, saya suka juga menggunakan sayur kubis atau sayur kacang botol.  Kalau ada sayuran lagi lengkap lah khasiat sepinggan nasi goreng. Bukan sahaja sedap tapi cukup dan seimbang gitu. 

Nasi Goreng Ikan Bilis

Saya memasak nasi goreng hanya 1 mangkuk sahaja kerana itu jer baki nasi putih yang ada. Makan dengan Boy dan Mia. Cukup cukup untuk kami bertiga. Kalau ikutkan selera saya, saya boleh jer habiskan semangkuk besar ni sorang sorang. Itu yang kadang kadang pelik kenapa lah susah sangat nak dapatkan nasi goreng sedap di kedai. Jimat bahan atau tak reti memasak. 

Jom layan resepi yang saya gunakan dan cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI


Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis Simple

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 sudu besar cili kering kisar
2 biji telur
Garam

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sejemput ikan bilis

Cara cara:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga hancur. Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar kasar. 

Nasi Goreng Ikan Bilis

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili masak dan naik bau. 

Ketepikan bahan tumis dan tuang telur. Bila telur agak mengeras, baru dikacau kacau. Jadi telur akan lebih berketul ketul kasar. 

Tuangkan nasi putih dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan. 

Nasi Goreng Ikan Bilis



1 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Bilis"