Kuah Kacang aka Kuah Nasi Kapit Kelantan Yang Sangat Sedap
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi makanan kegemaran saya iaitu Kuah Kacang Kelantan atau kuah nasi kapit Kelantan yang dimakan dengan nasi impit.
Sebelum masuk bab resepi, kita bercerita dulu. Kita banyak tertipu dengan kehidupan. Sibuk dengan urusan itu dan ini sehingga masa pantas berlalu tanpa kita sedari. Termasuklah diri saya sendiri. Di zaman ekonomi digital ini, kita perlu bersedia untuk melakukan perubahan. Perubahan pada minda dan sikap paling utama. Kepada anak anak, jangan lagi mengharapkan untuk makan gaji. Kita pun tidak pernah terfikir banyak pekerjaan yang telah obsolete seperti jurutaip, operator telefon dan mungkin lepas ini lagi banyak. Wujudnya peluang kerja yang lain di alam ekonomi digital seperti taxi grab, food grab, peniaga atas talian dsb. Semua orang boleh berniaga di zaman ini, tak perlu kedai, tak perlu ada syarikat.
Dah masuk topik ini, saya juga ingin memberitahu semua pembaca dan follower semua yang saya dan anakanda saya Juita, telah mengeluarkan tudung bawal atas jenama Eeze Cantiq yang dihasilkan setiap helai dengan kualiti sebagai keutamaan. Tiada machine atau jalan pintas untuk menghasilkan tudung bawal seperti mana tudung bercorak atau bercetak. Seperti mana saya memakai hanya tudung berkualiti, begitu lah juga tudung keluaran saya.
Kuah kacang Kelantan dipanggil juga sebagai kuah nasi kapit biasanya dihidangkan sebagai hidangan sarapan pagi. Ianya dihidangkan dengan nasi impit atau nasi kapit dan juga dengan beberapa cucuk sate. Kebiasaannya ia dijual dalam bungkusan yang telah diselit sekali sate.
Saya sangat suka rasa kuahnya yang pekat tapi cair cair dan rasa manis tersebut. Memang sangat nostalgia dan terasa rasa bagaimana rasanya kuah nasi kapit tersebut. Tak boleh nak diterangkan, melainkan setelah kita merasainya sendiri. Kepada mereka yang belum pernah merasainya, saya sangat syorkan anda cuba menyediakannya sendiri.
Selain kuah kacang, nasi impit Kelantan juga dimakan dengan sambal kelapa atau sambal nyor yang wallaaa sedap dengan rasa manis manis masin serta wangi serai. Yang ini juga feveret saya sepanjang zaman, dulu kini dan selamanya.

Saya belajar resepi ini dari sahabat baik saya Puan Maznah yang merupakan resepi turun temurun keluarga nenda beliau yang juga merupakan hidangan wajib di hari raya. Apa bezanya kuah kacang Kelantan dengan kuah kacang di Kuala Lumpur atau di tempat lain. Hmm yang pasti saya tidaklah menghirup kuah kalau kuah kacang di sini, banyak sangat minyaknya. Keduanya, kalau kuah kacang Kelantan, menggunakan santan. Rasa lemak dari santan, kacang tanah sangat sebati di dalam mulut.
Serious sangat sedap rasa kuah kacang Kelantan saya hari ini, saya boleh katakan 90% menyamai apa yang saya biasa makan di gerai gerai di Kelantan. Saya makan menambah nambah sehingga kenyang tak hengat gitu. Kalau ikutkan tekak, saya nak makan tanpa henti tapi perut dah kekenyangan. Haa boleh bayangkan tak betapa sukanya saya pada salah satu masakan yang saya biasa makan sejak kecil di kampung.

Jom layan resepi yang saya telah olah dan cuba di bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Kuah Kacang Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa parut - 900 ml santan
2 keping gula Melaka - saiz sederhana
7-8 sudu besar gula
1-1 ½ sudu besar garam kasar
1-1 ½ cawan minyak - boleh tambah
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar - boleh kurangkan jika tak suka pedas
4 batang serai
1 inci halia
Cara cara:
Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak sehingga garing dan wangi. Kisar dengan air sehingga sederhana hancur. Rebus kacang tanah kisar sehingga kembang dan air kering.
Sebahagian kacang ditumbuk kasar supaya ada tekstur kacang tanah dalam kuah kacang.
Sebahagian kacang ditumbuk kasar supaya ada tekstur kacang tanah dalam kuah kacang.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Nota: lebihkan air supaya bahan tumisan tidak meletup letup ketika dikeringkan.
Setelah bahan tumisan garing dan terbit minyak, masukkan kacang tanah yang direbus, kacang tanah tumbuk, gula Melaka, gula dan garam. Kacau rata rata sebelum dimasukkan santan.
Masak atas api perlahan sehingga kuah pekat dan cantik berminyak. Sesuaikan rasa, baru ditutup api. Kuah akan menjadi lebih pekat selepas ditutup api, jadi agak agaklah kepekatannya supaya tidak terlalu pekat ketika sejuk.
Nota:
Kena ada rasa manis dan pekat, baru sedap. Bila kuah pekat, ia akan melekat lekat dekat nasi impit dan sate.
Bila hendak dipanaskan, tak perlu tambah air. Hanya panaskan dengan api kecil sahaja.
Santan kotak boleh ke
BalasPadamBoleh
PadamLetak 1.5 sb garam kasar x rasa masin sgt ke???
BalasPadam