Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Johor

Asam Pedas Johor

Perangai dan pe el mulut ramah saya kalau bab resepi ni dah macam semulajadi. Sejak zaman zaman remaja, macam ni lah saya. Pantang makan sedap atau orang bercerita masakan sedap, mesti nak resepi.  Saya orang Kelantan, mana lah pandai masakan kat negeri lain. Baru setahun dua ni sahaja, menjadi dunia tanpa sempadan. Dulu belajar resepi dari buku atau dari mulut ke mulut. 

Semasa bersembang sembang dengan seorang anggota polis dari Melaka yang datang ke pejabat saya, saya bertanya dia berasal dari mana. Bila diberitahu dari Johor, saya terus bertanya mesti pandai memasak asam pedas kan? Saya memang mahu resepi authentic asam pedas Johor. 

Dah habis urusan kerja, dia pun bercerita sedikit bab resepi dan tips sekali. Apalagi cepat cepat saya menulis dalam handphone. Memang sama jer dengan resepi yang saya gunakan sebelum sebelum ini. Tapi memang jenis nak juga belajar walaupun resepi sama.  

Asam Pedas Johor

Dari apa yang dikongsi, ikan yang paling popular untuk asam pedas Johor ialah ikan mayoong. Jadi pagi pagi lagi mengajak Nelly ke pasar tani Kota Dame pagi Ahad untuk cari ikan mayong. Rupanya yang  saya pernah tengok ialah pasar malam hari Jumaat di tempat sama. Kedudukan gerai ikan pun berbeza antara pasar tani dengan pasar malam. Dah tak ada, itulah yang saya gantikan dengan ikan parang.

Bila masuk bab ikan parang pula,, kecil kecil dulu selalu makan ikan parang yang nipis jer. Tak tahu pula ada ikan parang gemuk dengan isi tebal. Mak ayah tak pernah beli ikan macam tu. Sekali masa singgah rumah sahabat kami Raja Zul di Taman TAR, saya makan ikan parang masak lemak cili api dengan daun pegaga. Maak aai sedapnya sampai rasa tak percaya yang ianya ikan parang. 

Berbalik pada asam pedas hari ini, memang sedap giler. Asam pedas sempoi jer tapi cukuplah untuk menikmati keenakannya. Lepas ni nak cuba cari ikan mayong pula, nak beli dengan telur sekali.  

Jom video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Asam Pedas Johor

Asam Pedas Johor  

Bahan bahan:
1/2 ekor ikan parang 
1 1/2 genggam cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
1 1/2 cawan minyak - agak bahan tumis tenggelam 
1 sudu besar asam jawa - bancuh pekat dengan air panas
1 sudu kecil garam kasar atau secukup rasa
1/4 sudu kecil gula - opsyenal
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 ikat daun kesum
800-900 ml air

Bahan kisar:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih  
1 inci halia 
1/2 inci kunyit
Sedikit belacan bakar

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan tumisan betul betul garing cantik serta terbit minyak. Nota: ada yang tumis sehingga 3-4 kali pecah minyak. 

Asam Pedas Johor

Asam Pedas Johor

Masukkan air secukupnya. Masukkan asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih dengan api perlahan supaya rasanya betul betul sebati.

Setelah mendidih, baru masukkan ikan supaya ikan tidak hancur. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. 

Asam Pedas Johor

Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Asam Pedas Johor


Nota:
Boleh juga bahan kisar dikisar dengan air agak banyak. Tuang dalam minyak dan biarkan sehingga air kering. Ianya menjadikan bahan tumis tidak merecik recik. Bila air hampir kering, masukkan lagi air panas sedikit demi sedikit sehingga bahan tumisan terbit minyak. Baru dimasukkan air dan air asam jawa.

Tips dari anak Johor. 
3 jenis ikan yang biasa digunakan dalam asam pedas  iaitu parang, mayong dan pari. Kalau menggunakan ikan mayong dan pari, akan diletak lada hitam tumbuk dan kalau ikan parang pula kuah gulainya kurang pekat berbanding mayong dan pari.

Kalau menggunakan telur ikan mayong, telurnya direbus terlebih dahulu supaya ianya tidak pecah di dalam kuah asam pedas.


4 ulasan for "Asam Pedas Johor"

  1. Assalam Kak Azie,
    Aduh.. Terus kecur ailio nampak asam pedas ikan parang. Bagi family sy yg sememangnya anak Johor jati, Tiga jenis ikan yg selalu dimasak asam pedas ialah ikan mayong, pari dan parang. Biasanya kalau mayong dan pari kami akan letak lada hitam tumbuk dan kalau ikan parang pula kuah gulainya kurang pekat berbanding mayong dan pari.

    Nanti kalau kak azie nak masak asam pedas telur mayong, telurnya rebus dulu supaya tak pecah dalam kuah asam pedas, nanti jadi kuah lemak pulak (sekadar tips sebab sy tak pasti kak azie tahu tips ini atau tak)

    Hurmmm.. Tak sabar nak tengok Asam Pedas Mayong Kak Azie, hihi

    BalasPadam
  2. Saya share resepi kak azie ye. Saya guna ikan mayong hari ni.


    BalasPadam
  3. Ada tak pengganti utk kacang bendi tu?? Rasa mcm tak lengkap pula asam pedas takde sayur² tapi saya tak boleh makan bendi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masukkan terung, tomato, dan sawi jeruk.

      Padam