Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Sebetulnya hari ini saya sangat sedap. Mood sedih hingga terbawa bawa dalam tidur selepas melihat ibu kucing yang telah mati tapi masih menyusukan anak anak kucing. Anak anak pun tidak sedar yang ibunya telah mati kerana ibunya berada dalam kedudukan seperti sedang menyusu. Mungkin ibu kucing dalam kelaparan. Sangat menginsafkan kerana haiwan seperti ini, terpaksa bekerja keras untuk mencari makanannya. Jadi eloklah kita sama sama menpunyai sifar prihatin dan kasih sayang sesama makhluk Allah. 

Hari ini pagi pagi saya telah bangun untuk ke dapur. Memang dari malam lagi saya telah merancang untuk memasak pulut kuning dengan Noxxa. Tengah kemaruk nak belajar menggunakan periuk Noxxa. Mahu memasak cepat cepat, kononnya tengahari mahu ke majlis perkahwinan rakan sekerja. Itu yang nak cepat. Selepas siap masak, terus makan ketika masih panas panas. Hmm lepas tu baru tahu, rupanya wedding di sebelah petang hingga ke malam. Aduhaaii nasib baik tak terus pergi... 

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Memang sangat lembut pulut kuning saya hari ini, Tapi jika ditanya saya, saya lebih suka pulut kuning yang dikukus secara tradisional. Beras pulutnya lebih cantik dan sebiji biji. Saya makan dengan ikan rebus yang digoreng. Walla sedap lebih lebih lagi jika ikan rebus itu mempunyai rasa masih dan masam sedikit, lagi sedap. 

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Saya juga makan dengan Rendang Pedas Ayam yang menjadi kegemaran saya. Rendang dipanaskan dan dimasak sehingga kering melekat pada ayam.  

Jom layan cara saya menyediakan pulut kuning menggunakan periuk tekanan Noxxa. Boleh klik video di Azie Kitchen youtube channel di SINI.  Jika tiada periuk Noxxa, boleh guna kaedah biasa, cara caranya di bawah sekali atau klik di SINI. Selamat mencuba...


Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Pulut Kuning Mudah Dengan Noxxa

Bahan A:
1 kg beras pulut
1 inci kunyit hidup
Sedikit pewarna kuning
1 keping asam keping
1 helai daun pandan - tak letak

Bahan B:
1 cawan santan
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara cara:
Basuh beras pulut dan tos. Tumbuk kunyit hidup sehingga halus. Masukkan air dan tapis air kunyit ke dalam beras pulut. Kacau rata. Setelah rata, titiskan pewarna kuning. Kacau lagi. 

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Tuangkan air untuk merendam pulut selama 15 minit untuk warna meresap pada beras pulut. Masukkan asam keping dalam air rendaman. 

Buang air dan tos beras pulut tadi. Masukkan beras pulut ke dalam inner pot periuk Noxxa. Masukkan air lebih sikit dari paras dengan beras pulut. Paras setengah dari ruas atas jari telunjuk. Masukkan juga daun pandan yang disimpul. 

Pusing tombol ke arah Pressure dan set ke Rice dan set masa selama 5 minit. Selesai masa 5 minit, pusing tombol ke penunjuk Steam untuk buangkan tekanan yang terperangkap dalam periuk. Tunggu hingga wap keluar habis sebelum dibuka tutup periuk. 

Buka tutup periuk dan masukkan santan yang telah dicampur dengan garam ke dalam periuk dan kacau/arungkan pulut tu dengan santan dan taburkan gula dalamnya. Kacau bagi sebatikan santan dan gula sehingga pulut kelihatan lembut dan berkilat. 

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Kemudian tutup periuk, tekan fungsi steam dan set masa selama 2 minit. Pusing tombol untuk dihalakan ke steam. 

Selepas 2 minit, boleh terus dikeluarkan daripada periuk bagi mengelakkan pulut berkerak di dalam Noxxa yang masih panas. 

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa

Mengukus Cara Biasa:
Selepas ditos air kunyit, masukkan beras pulut dalam pengukus dan letak atas periuk pengukus yang telah mendidih sehingga keluar wap. 

Angkat periuk pengukus dan tuang pulut ke dalam besen besar. Tuang santan cair dan kacau rata rata sehingga pulut kelihatan kembang dan lembut. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga keluar wap. 

Angkat dan tuang pula santan pekat yang telah disatukan dengan garam. Tabur sedikit gula. Gaul sehingga pulut kelihatan berkilat dan lembut. Sedia untuk dihidangkan. Santan akan masak dengan pulut yang panas panas. 

Nota: Jika suka, boleh juga dimasak santan seketika, tidak sampai mendidih. Tujuannya supaya pulut tahan lama. 

Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa


Catat Ulasan for "Pulut Kuning Mudah Dengan Periuk Noxxa"