Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Happy Birthday Ammar Yahya


Sehari selepas majlis akikah Nur Hana Medina di SINI, kami mengadakan majlis harijadi cucunda kami, Ammar Yahya  yang pertama. Cepat sahaja masa berlalu, kini Ammar telah pun berusia 1 tahun. Majlis ringkas dan kecil kecilan sahaja. Walaupun hari jadi Ammar adalah pada 9 Ogos tapi dipercepatkan sementara Juita masih di sini. 

Kami hanya menjemput keluarga dan jiran sebelah rumah sahaja. Manakala Nana dan Alain menjemput rakan rakan baik beliau. Hiasan dan dekorasi juga dibuat sendiri oleh Nana, Alain dengan dibantu Juita dan Aween. Alhamdulillah hasil dekorasi sangat cantik dengan tema safari. 



Selain menempah makanan barat, Nana juga menyediakan sendiri spaghetti Bolognese. Juita pula menyediakan puding roti dengan sos sebagai tambahan kepada hidangan kuih muih. 




Majlis bermula pukul 3 petang hingga pukul 6 petang dimulai dengan makan makan. Kemudian barulah tetamu dibawa ke ruang tamu untuk acara memotong kek. 


Kami beramai ramai menyanyi lagu happy birthday dan Allah selamatkan kamu sebelum Ammar meniup lilin dan memotong kek. Nasib baik Ammar tidak meragam ketika itu. Dia pun macam hairan agaknya melihat semua orang menyanyi untuk dia.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun ringkas tapi meriah dengan kehadiran rakan rakan Nana bersama anak kecil masing masing. Yang penting, ianya adalah suatu kenangan buat cucunda kami, Ammar Yahya. Doakan agar cucunda kami, Ammar Yahya menjadi anak yang soleh dan berguna pada agama bangsa dan negara. Aameen..





2 ulasan for "Happy Birthday Ammar Yahya"

  1. Wah..cepatnya Ammar dah 1 tahun. cantik tema birthday Ammar. izinkan nenek utk tiru tema Ammar utk cucu nenek ya. Nenek doakan Ammar jadi ank yg soleh dan dijauhkan dari fitnah langit dan bumi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aameen. Semoga cucu cucu kita menjadi orang yang soleh dan solehah berjaya dunia dan akhirat.

      Padam