Daging Goreng Yang Sangat Sedap
Saya membesar dengan penuh pengalaman yang banyak memberi pengajaran kepada saya dalam kehidupan pada hari ini. Contohnya, walaupun ada ketika saya sangat berboros dan berani mengambil risiko tapi dalam masa yang sama saya sangat berjimat dalam hidup sehari hari. Berjimat cermat dan memandang masa depan adalah nilai hidup yang saya ambil dari kedua orang tua saya.
Saya pastikan lampu ditutup, switch ditutup, air paip tidak dibuka besar membazir, bahan masakan seperti minyak masak juga tidak berlebihan. Saya menghargai setiap sen duit hasil titik peluh saya yang Allah kurniakan. Dengan sikap dan cara ini, saya mampu memiliki sendiri rumah dan kereta idaman, tanah serta simpanan untuk diri dan sedikit untuk anak anak. Setiap bulan, pada hari gaji saya akan membayar apa yang perlu dilunaskan, saya akan memperuntukkan sedikit untuk sedekah dan zakat. Selebihnya baru, saya akan menggunakan untuk diri sendiri. Sekarang kita masuk bab korban pula.
Ibadah korban juga adalah suatu ibadah yang sangat dekat dengan keluarga dan masyarakat di mana saya dibesarkan. Hampir setiap tahun, kami sekeluarga akan mengerjakan ibadah korban. Setiap tahun, selepas menyembelih dan menyiang daging untuk ibadah korban, seperti tradisi kami akan mengambil sedikit daging, hati dan limpa untuk digoreng. Jadi sebaik selesai sahaja urusan menyiang daging, kami semua makan nasi secara beramai ramai dengan berlaukkan daging goreng garam kunyit yang sangat sedap. Jadi tidak hairanlah jika lauk ini menjadi lauk kegemaran saya.
Telah beberapa tahun juga saya tidak balik melakukan korban bersama adik beradik. Sebaliknya melakukannya di sini sahaja. Lauk yang mesti saya sediakan pastinya daging goreng. Tapi entah kenapa ianya tidak sesedap daging goreng yang disediakan di rumah kakak. Jadi saya menelefon kakak dan minta tips.
Katanya daging disatukan dengan semua bahan ketika direbus. Diberitahu juga supaya minyak dimasukkan ketika masih ada air rebusan supaya minyak akan menggoreng bersama dengan air. Jadi daging tidak garing dan kering. Goreng pula hanya sekadar keperangan sedikit sahaja. Jangan terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Haa maka menjadi lah daging goreng saya kali ini. Makan dengan acar timun mentah di SINI, dah cukup sedap.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa baca tips yang dikongsikan oleh kakak saya di atas.
Daging Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 kg daging
1-2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
Sedikit gula
Sedikit aji no moto - opsyenal
Bahan lain:
1 biji bawang besar Holland
2-3 tangkai cili hijau - lebih sedap guna cili solok
Minyak masak
Cara cara:
Gaul daging dengan semua bahan di atas dan dimasukkan sedikit air. Masak sehingga air hampir kering iaitu masih ada lagi sedikit air. Nota: lebih sedap jika dicampur sekali hati dan limpa serta sedikit bahagian berlemak.
Tuangkan minyak masak dan kacau rata rata sehingga sedikit perang. Daging juga jangan digoreng garing.
Tuangkan minyak masak dan kacau rata rata sehingga sedikit perang. Daging juga jangan digoreng garing.
terima kaseh kak tips yg diberi. memang simple dan cepat utk kita yg bekerja
BalasPadamKak Azie air untuk merebus 1/2 kilo daging tu nak letak sebanyak mana...saya amat suka daging goreng ni tapi selalu buat tak sesedap versi Kelantan..terima kasih
BalasPadamAgak agak tenggelam daging, kalau belum empuk, tambah lagi. Yang penting air jangan kering ketika masukkan minyak jadi minyak dg air akan bercampur dengan daging, barulah daging tak kering dan tak keras.
PadamBtw sy suka sgt dgn resepi sis...sy slalu tgok dan cube buat..alhamdulilah setakad nie menjadi...tmksh byk2 atas perkongsian
BalasPadamAssalamualaikum kak azie. Salam kenal. Aduh kecur air liur baca blog kak azie ni. Sedapnya la hai daging goreng. Baca pun dah terasa rasa kat lidah hi3
BalasPadamTqvm sis atas semua perkongsian resepi. Setiap kali nak mencubs resepi baharu...saya akan cari aziekitchen dulu...hehehe
BalasPadamterima kasih atas tips, saya buat selalu tidak menjadi..rupanya begitu caranya
BalasPadam