Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Saya menyediakan bubur kacang atas permintaan Juita sebagai hidangan berbuka puasa kami. Puasa hari Arafah  yang dijanjikan penghapusan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang bersandarkan hadis yang sahih. Walaupun ramai membaca message WhatsApp yang dihantar ke group group WhatsApp tapi tidak ramai yang mahu berpuasa. Itu sebab kita kena sentiasa memohon petunjuk dan hidayah dari Allah untuk melakukan amal kebaikan. 

Ada orang solat tapi mengumpat mengata pada orang lain. Walaupun mereka tahu mengumpat itu berdosa tapi tidak mampu untuk menahan diri dari melakukannya. Golongan seperti ini di hari akhirat terpaksa bagi pahala pada orang lain sehingga habis. Akhirnya terpaksa ambil pula dosa orang lain selepas semua pahala habis. Kita sekarang berada di keempat iaitu zaman fitnah. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Orang yang Allah redha ialah orang beriman. Iman yang ada pada kita, kena pegang baik baik. Sekarang zaman fitnah. Sekarang ni iman bukan sahaja boleh naik turun tapi boleh hilang bila kita bercakap benda yang melanggar syariat. 

Jadi sentiasa lah berhati hati bila bercakap, bila menulis komen di social media jangan sampai tergelincir iman dan akidah. Jangan menyakiti hati orang yang apa lagi orang yang kita tidak kenal pun. Meninggalkan komen orang tu bodoh, pekak bisu dan sebagainya. Bayangkan bagaimana dosa penulisan itu mahu dibersihkan sebelum kita meninggal. Pesanan ini buat diri saya sendiri juga. Cukup setakat ini dahulu.

Bubur kacang saya hari ini dimakan cicah dengan roti. Memang sedap. Kalau saya pula, saya suka makan bubur yang sejuk sejuk sedikit. Kalau dimasukkan air batu yang dipecah pecah halus lagi sedap. Itu untuk tekak saya lah. Lain orang lain lah kesukaannya kan. Teringat masa kecil dulu, suka makan bubur kacang yang dijadikan ais krim. Wah memang sedap giler. Sanggup menunggu tepi jalan sehingga penjual sampai. 

Jom kita tengok cara saya menyediakan bubur kacang hari ini. Kalau menggunakan musang king lagi sedap. Pasti lagi lemak berkrim.

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bubur Kacang Hijau dengan Durian

Bahan bahan:
1/2 kg kacang hijau
1/2 kg santan
4-6 ulas durian
1/2 cawan sagu
Garam

Bahan Air gula:
2 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan 

Cara cara:
Masak kacang hijau dengan menggunakan periuk tekanan selama 8 minit. 

Masak air dengan gula Melaka dan gula sehingga hancur. Masukkan durian dan garam ke dalamnya. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Setelah mendidih, masukkan santan secukupnya. Kacau rata sehingga santan mendidih.

Di dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah direndam seketika. Masak sehingga sagu menjadi jernih. Setelah jernih, dimasukkan air paip ke dalam sagu dan kacau rata sambil dituang ke dalam penapis untuk membuang lendirnya. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Tuang sagu yang telah ditapis ke dalam kuah bubur. Akhir sekali, masukkan kacang hijau yang telah direbus bersama air rebusan. Kacau rata sehingga sebati. Bolehlah tutup api. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Nota:
Bubur akan lebih pekat selepas sejuk jadi kena lebihkan air supaya kuah tidak terlalu pekat bila bubur menjadi sejuk. 


5 ulasan for "Bubur Kacang Hijau Dengan Durian"

  1. hmmm sedap nya. hehe. ditambah roti keping, perghhhh lagi sedap ^_^

    BalasPadam
  2. sy pun suka makan bubur kacang ni sejuk2, hehehe

    BalasPadam
  3. Memang sedap
    Dulu2 suka beli aiskeria Malaysia yang ada bubur kacang hijau ni

    BalasPadam
  4. dulu buat aiskrim malaysia sendiri kalau ada lebih...jual kat kantin sekolah. dapatlah duit belanja sekolah.

    BalasPadam
  5. dulu buat aiskrim malaysia sendiri kalau ada lebih...jual kat kantin sekolah. dapatlah duit belanja sekolah.

    BalasPadam