Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Berakhirnya Percutian Di London Hari: 14 Part 2


Akhirnya saya telah sampai ke catatan terakhir perjalanan percutian kami dari UK ke Eropah dan balik semula ke UK. Lega sebab dah selesai kerana saya boleh fokus pada banyak entri resepi yang telah tertangguh. Saya membuat catatan perjalanan ini sebagai rujukan untuk saya di masa masa hadapan. 

Selepas selesai shopping dan balik dari Oxford Street, kami terus berjalan kaki ke hotel. Tapi sebab telah check out, kami terus ke kereta. Pukul 2 kami bergerak untuk terus ke Euston station untuk menghantar Juita. Nasib baik juga cepat kerana jalan jam di sana sini. 

Juita balik ke Manchester dengan train. Saya dan Nelly hantar Juita ke platform 2 manakala Hubby tunggu di kereta kerana tak jumpa jalan yang boleh dilalui kereta. Dia sampai di platform ngam ngam pukul 2.54 untuk train pukul 3 petang. 

Dari Euston Station kami bertolak ke airport Heathrow dengan perjalanan dalam 1 jam. Jalan jam sangat. Memang kena bertolak awal jika tidak mahu terlewat membuat urusan claim tax refund. 

Kami terus ke SixT untuk menghantar kereta. Mereka memerlukan masa 5 hari untuk memulangkan deposit £500. Dari situ, kami menaiki bas yang disediakan untuk ke airport. 

Kami mengambil lift untuk naik ke tingkat perlepasan. Kemudian terus turun ke tempat claim VAT. Kebetulan orang tidak ramai. Jadi cepat sahaja urusan chop borang VAT. Kami kemudian naik semula ke atas menunggu kaunter check in dibuka. Selepas selesai check in, saya ke kaunter untuk mendapatkan duit VAT. Semasa beratur untuk menunggu di chop borang VAT, sempat berkenalan dengan Datin Johanna yang telah sudi menegur saya. 


Kami naik semula untuk ke tingkat 1 untuk menunaikan solat di multi faith prayer sebelum masuk ke ruang pelepasan. Saya baru perasan rupanya, di situ ada juga ruang solat di antara pintu 3 dan 4. Hmm lain kali solat di sini jer. Lebih mudah.


Sementara Hubby minum, kami berjalan ke butik LV, Gucci dan kedai parfum. Hmm kalau dah melihat lihat, mesti ada jer yang nak membeli. Itu pun terpaksa control kerana bag kami telah terlebih muatan sehingga banyak juga terpaksa dipegang. 



Sementara menunggu untuk boarding, kami bersembang dengan YB Khairi dan Mai. Saya dapat hadiah harijadi dari mereka. Masuk jer flight, terus tertidur kepenatan. Penerbangan ke Kuala Lumpur memakan masa selama 12 jam setengah. Kami tiba di KLIA pukul 5.24 petang.  


Dengan itu, berakhirlah percutian yang sangat indah buat saya kerana hajat saya untuk bercuti di negara Eropah dengan kereta akhirnya menjadi kenyataan. 

Kami telah ke 5 negara bermula dari United Kingdom, France, Switzerland, Netherland dan Belgium. Perjalanan lebih 5000 kilometer termasuk dari London ke Manchester. Kereta Ford Ranger yang kami naiki juga sangat selesa di mana kami adalah penyewa pertama kereta baru tersebut. Pesanan saya, bila mahu membuat booking kena check berkenaan insurans dan deposit kerana akhirnya deposit saya langsung tidak dipulangkan. Kadar sewa kereta sehari kelihatan seperti murah tapi setelah dikira insurans £1000 dan  deposit £500, jatuh mahal.  

Insya Allah jika panjang umur, ada rezeki pastinya ia bukan percutian yang terakhir. Saya akan ke Switzerland dan mungkin Netherland lagi. Ada beberapa tempat yang saya tidak dapat pergi kerana ditutup atau kerana kami kesuntukan masa. 


Catat Ulasan for "Berakhirnya Percutian Di London Hari: 14 Part 2 "