Percutian Di Kandersteg Hari: 6 Part 3
Oleh kerana tidak jadi ke Tasik Oeschinensee sebuah tasik yang cantik di atas gunung yang airnya dikatakan berwarna turqoise dan panorama yang indah di sekelilingnya, maka kami terus menuju ke hotel untuk check in. Walaupun masih awal, kami dibenarkan untuk masuk ke tempat penginapan.
Hotel kami kali ini ialah sebuah chalet berkonsepkan homestay di Kandersteg yang menpunyai 3 bilik. Sebetulnya kami tidak dapat menukar bilik hotel dari 3 bilik ke 2 bilik sahaja. Lagi pulak, sewanya murah sahaja. Jadi Nelly dan Juita mendapat satu bilik seorang.
Terdapat beranda kecil di tingkat atas untuk membolehkan kita menikmati keindahan pemandangan alam sekitar dengan gunung yang memutih dengan salji.
Kandersteg adalah kawasan kampung yang terpencil berada di antara banjaran gunung ganang yang banyak di Switzerland ni. Pemandangan kawasan kampung di sekitarnya juga cantik dengan terdapat anak sungai yang jernih dan berwarna biru kehijauan.
Saya suka sangat tinggal di sini. Terasalah seperti tinggal di rumah kampung dengan kelihatan salji di sana sini di sekeliling chalet. Bila dibuka sahaja tingkap seperti jendela di rumah kampung, udara sejuk masuk ke bilik. Kelihatan salji memutih di atas rumput.
Selepas check in, saya menyediakan makan tengahari dengan lauk rendang yang saya sediakan semasa di Lucerne. Selepas makan, Juita mencadangkan supaya kami ke Blausee Nature Park bagi mengisi aktiviti Tasik Oeschinensee yang terpaksa dibatalkan kerana hari hujan.
Cukup setakat ini dahulu, jangan lupa ikuti catatan di Blausee Nature Park yang sangat cantik dan pasti mempesonakan sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Serious wajib kunjungi.
Syukur, akhirnya Kak Azie muncul semula....x sabar nak tau projek kak Azie.
BalasPadam