Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Kelantan Resepi 2
Saya belajar resepi gulai udang simple yang disarankan oleh seorang follower saya di Instagram yang menurutnya ia adalah resepi yang digunakan oleh Bonda beliau bila memasak gulai udang. Terima kasih kerana sudi share resepi.
Boleh klik di SINI untuk gulai udang lauk nasi dagang resepi 1 yang sedap yang telah saya sediakan sebelum ini. Memang yang ini serious sedap. Tapi ianya tidak menghalang saya untuk mencuba resepi resepi lain juga. Yang agak berbeza antara kedua resepi ialah resepi sebelum ini menggunakan sedikit rempah kari dan halba campur.
Sebetulnya lauk ini boleh dimakan dengan nasi putih sahaja. Cuma bertambah sedap jika dihidangkan dengan nasi dagang. Nasi dagang jika dihidangkan dengan gulai udang, dikira sebagai mewah kerana kebiasaannya dihidangkan dengan gulai ikan tongkol atau kari ayam sahaja.
Jom layan resepi yang mudah dan sedap ini. Sesiapa yang bercadang untuk memasak nasi dagang di bulan Syawal ini, saya syorkan anda mencuba resepi ini. Selamat mencuba..
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg udang
5-6 biji telur rebus
5-6 biji telur rebus
1 kg santan segar
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - belah 4
2 tangkai cili merah - belah
Cili padi merah & hijau - tabur
Cili padi merah & hijau - tabur
Garam
Gula
Serbuk perasa - jika suka
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2-3 hiris lengkuas
1/4 inci halia
1-2 sudu besar cili kering kisar - atau cili padi, jika suka pedas
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, Masukkan serai dan kacau rata sehingga terbit minyak.
Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
Catat Ulasan for "Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Kelantan Resepi 2"
Add your comment