Sotong Masak Kicap Mudah
Kali ini saya inginkan kongsikan Tazkirah Zohor oleh Ustazah Ros Izanuri. Ujian kubur pasti akan dilalui oleh setiap insan bernyawa. Jika kita menganggap Ramadhan sebagai madrasah yang mendidik, Insya Allah kita akan berada di dalam kubur dengan tenang.
Antara tanda tanda kematian ialah sakit. Nabi Muhammad SAW ketika menasihati bapa saudara baginda Al Abbas supaya jangan mengharapkan segera mati jika kita berada dalam mengerjakan kebaikan dan jika ditangguh mati bermakna kita masih boleh banyak lagi menambah amal. Jika berada dalam kejahatan pula dan ditangguh mati, ianya juga lebih baik kerana masih boleh bertaubat.
Kita perlu sentiasa ingat mati tapi tak boleh bercita cita hendak mati. Tak boleh mengharapkan Allah ambil nyawa kita. Mengingati mati adalah sunnah Rasulullah. Walau bagaimana sibuk dengan urusan dunia tapi kena sentiasa ingat mati. Dalam bulan Ramadhan ini, Allah hendak didik kita supaya ingat mati. Saat nak mati, seseorang akan merasa sangat lapar dan dahaga. Walaupun tidak ada selera tapi rasa tersangat lapar dan dahaga.
Di bulan Ramadhan, sebelah petang kita akan mulai rasa lapar dan dahaga. Ianya sangat mendidik kesabaran. Siapa berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan mengharap redha dan sabar, maka akan diampunkan semua dosa dosa kita. Maka ini peluang kita untuk bersihkan diri dari dosa. Nabi mengaminkan doa Malaikat bila pijak mimbar pertama. Rugi siapa yang masuk dalam bulan Ramadhan tapi keluar darinya dengan tak mendapat keampunan.
Kenapa kita masih ada dalam bulan Ramadhan ni adalah kerana Allah masih sayang kita. Untuk beri peluang kita mendapat keampunan dan bagi orang baik untuk tambah amalan.
Ada 2 kegembiraan pada orang berpuasa. Pertama kegembiraan ketika berbuka puasa. Kena senyum dan gembira depan rezeki. Gembira dapat duduk beramai ramai dan dapat merapat ukhwah. Jangan membazir.
Kedua gembira ketika bertemu dengan Allah. Rasa seronok berada di bulan Ramadhan. Tak sabar nak gi terawih. Mandi dan letak pewangi di badan dan kalau boleh rebut saf depan. Sebelum bersahur kita berqiamullail. Buat solat tasbih dengan bacaan tasbih yang rinkas sahaja. Perbanyakkan berdoa dengan doa doa seperti Allahumma innaka affuwwu karem tuhibbul afwa faqfuanni, Laa ila hailla Anta subhana inni kuntumina dzholimin.
Andai Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir. Dalam hidup kena rasa yang kita tak cukup. Kena rasa tawadduk. Kena cari ilmu. Kuliah agama kena ikut kerana pahala sangat banyak. Insya Allah semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita semua.

Siapa beramal dari awal Ramadhan, Insya Allah lailatul qadr akan datang pada mereka. Malam yang lebih baik dari 1000 malam. Senang sahaja. Dari malam 20 bersedia dari Maghrib sampai Subuh. Tak perlu cari tanda. Yang penting ialah beramal dengan ikhlas. Dilebihkan pada malam tersebut. Kena lawan rasa letih mengantuk. Kejut ahli keluarga supaya dapat beramal. Masa sahur makan banyak dan masa berbuka makan sikit. Ini sunnah Rasulullah. Sebab nak jaga terawih tak boleh makan banyak.
Kalau untuk berbuka atau bersahur, lauk pilihan saya adalah yang simple simple sahaja. Tidak suka yang berempah atau terlalu pedas. Sotong masak kicap ini dah cukup sedap pada selera saya. Bukan sahaja sedap tapi juga mudah menyediakannya. Jadi sangat sesuai untuk wanita bekerja menyediakannya buat hidangan berbuka atau bersahur.
Wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa juga perlu mencari jalan untuk menjimatkan masa di dapur. Bulan Ramadhan ini kena perbanyakkan amalan seperti mengaji Al Quran. Jadi lauk ini memang sesuai kerana sangat cepat disediakan.
Jika suka makan sotong besar besar, tak perlu sotong dipotong. Biarkan sekor sekor. Lebih lebih lagi jika sotong tersebut menpunyai telur. Saya pernah menyediakan resepi yang sama sebelum ini menggunakan sotong seekor seekor yang bertelur. Gemuk buncit dengan telur sotong yang sangat sedap dan sangat saya sukai. Boleh klik di SINI untuk membaca entri sebelum ini.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...
Sotong Goreng Kicap Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram sotong
1 biji bawang besar Holland - hiris bulat
3 tangkai cili merah - hiris serong
2 tangkai cili hijau - hiris serong
2 helai daun limau purut
2 helai daun limau purut
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
Kicap masin secukupnya
Gula secukup rasa
Cara-cara:
Gaul rata sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi.
Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Bila air sotong kering, ia akan terbit minyak. Kacau sekali sekala supaya sotong tidak hangus.
Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Bila air sotong kering, ia akan terbit minyak. Kacau sekali sekala supaya sotong tidak hangus.
Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.
Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah. daun limau purut dan bawang besar. Kacau lagi.
Bila cili dan bawang mula layu, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sy dh cuba.. sedap..tq resipinya yaa..
BalasPadam