Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Saya dapat idea untuk menyediakan lauk Sambal Ikan bilis kering selepas bersembang dengan Linda dan Isma berkenaan lauk yang mereka sediakan semasa berbuka puasa. Mereka memberitahu masakan yang sama iaitu sambal ikan bilis kering. 

Rupanya ramai yang menyediakan lauk ini yang buka sahaja boleh membangkitkan selera tapi memudahkan urusan menyediakan hidangan kerana ianya tahan lama. Sekali masak, boleh makan beberapa hari atau minggu. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan dalam bekas bertutup. Boleh tahan berminggu minggu kerana sambal ini kering dan garing.

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Dalam entri yang lepas pun, saya ada kongsikan resepi sambal ikan bilis kering di SINI dan di SINI. Saya memang suka lauk kering seperti ini. Bukan saya tidak pernah memasak lauk ini tetapi kita seperti bingung memikirkan menu untuk memasak seharian. 

Idea masakan boleh datang dengan tiba tiba dengan hanya menanya kawan kawan atau melihat masakan yang muncul di IG atau facebook. Bukan saya sahaja, hari kedua berpuasa, sahabat saya mengadu hal yang sama. Katanya pening memikirkan apa nak dimasak. 

Teringat zaman universiti dulu, kawan saya Haryati Hashim selalu bawa balik sambal ikan bilis kering ini ke kolej setiap kali beliau balik dari kampung di Melaka. Sedap sangat. Kami beramai ramai makan dengan roti. Telah lama saya mencari Yatie tetapi tak ada pula kawan kawan yang ada contact number beliau. Hmm kalau ada sesiapa mengenali beliau, bolehlah sampaikan pesanan yang saya telah lama mencari beliau.

Berbalik pada lauk hari ini, sebaik sahaja sampai di rumah, saya terus ke dapur menyediakan sambal tumis ikan bilis kering. Jalan pula sangat sesak hari ini, kami tiba di rumah telah agak lewat. Jadi saya terkocoh kocoh juga menyediakan lauk ini kerana mahu memastikan masih ada cahaya selepas ianya disiapkan. Malangnya, sebaik ianya siap dimasak, hari telah gelap kerana telah hampir waktu berbuka puasa. Hmm gambar tidak lah berapa cantik. 

Sewaktu berbuka saya hanya makan nasi putih yang digaul dengan sambal ikan bilis ini dan beberapa cubit ayam goreng sahaja. Tiada sayur dan tiada lauk lain. Sedap sehingga menambah sampai tiga kali.

Saya tak pasti dengan orang lain tapi selera saya kebelakangan ini agak simple. Saya makan nasi putih dengan tak berkuah pun. Kadang kadang hanya digaul dengan sambal tumis atau kuah rendang sahaja. Bukan kuah banjir. 

Lauk yang Hubby beli di bazar Ramadhan, semuanya tidak sedap di tekak saya. Sama juga lauk di cafetaria atau di hotel, walaupun nampak menarik, namun tidak kena dengan selera saya. Saya pun dah bertahun tidak berbuka puasa di hotel. Dapat jemputan berbuka percuma pun saya tidak mahu hadir.  Apalagi yang berbayar. Mungkin saya dah melepasi stage yang suka makan di hotel atau restoran restoran besar. Saya lebih suka masakan di gerai gerai atau homemade.

Jom kita sama sama menyediakan sendiri sambal ikan bilis kering untuk dimakan ketika berbuka dan bersahur. Meh layan resepi di bawah ini. Secara asasnya, ia adalah seperti resepi sambal tumis ikan bilis yang biasa, cuma dimasak kering lama lama.  


Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Sambal Ikan Bilis Kering

Bahan bahan:
100-150 gram ikan bilis - saya guna 100 gram
½ sudu kecil garam
½ sudu besar gula atau secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan kisar:
3 biji bawang besar - saiz sederhana
4 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kering kisar

Cara cara;
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dengan api sederhana sehingga garing. Nota: ikan bilis dibasuh manja manja sejurus sebelum digoreng. Jangan basuh awal, nanti lambat garing.

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar sehingga masak dan berbau wangi. 

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Masukkan pula cili kisar. Tumis dengan api perlahan sehingga ianya benar benar masak dan garing. Cili masak apabila telah terbit minyak dan kelihatan berbuih. 

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Masukkan asam keping, gula dan garam. Kacau rata dan sejukkan. Sendengkan kuali untuk membuang lebihan minyak. 

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Kemudian masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. Siap. 

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap

Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap



3 ulasan for "Sambal Ikan Bilis kering Yang Sedap "