Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Untuk Business
Entah kenapa rasa kelam kabut sangat pagi ini. sehingga saya secara tak sengaja telah terdelete, post Sambal Ikan Bilis Garing yang telah published sebelum ini. Huhuhu. Nasib baik masih ada draft yang belum diedit, jadi saya terpaksa lah edit semula.
Seperti yang tulis sebelum ini, resepi ini saya pelajari dari Mimie dan saya bercadang untuk menggunakannya untuk business produk Azie Kitchen. Sebelum itu, saya kongsikan semula intipati kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Ashaari bin Selamat berkenaan bulan Ramadhan. Kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang berada di dalam bulan Ramadhan sedang ramai yang tidak berpeluang.
Seperti yang tulis sebelum ini, resepi ini saya pelajari dari Mimie dan saya bercadang untuk menggunakannya untuk business produk Azie Kitchen. Sebelum itu, saya kongsikan semula intipati kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Ashaari bin Selamat berkenaan bulan Ramadhan. Kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang berada di dalam bulan Ramadhan sedang ramai yang tidak berpeluang.
Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al Quran pada 17 Ramadhan ketika usia baginda Nabi Muhammad SAW yang berusia 40 tahun menyepi di Gua Hirak. Dikatakan Surah Al Alaq adalah ayat pertama turun di Gua Hirak. Terdapat khilaf ulamak berhubung ayat mana turun dahulu. Hakikatnya penurunan Al Quran diturun sekali gus dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah langit pertama dunia pada malam Al Qadr dalam surah Al Qadr ayat 21-22.
Penurunan dari langit dunia oleh malaikat Jibril kepada baginda selama 23 tahun. Mekah selama 13 tahun dan Madinah 10 tahun. Di bawa oleh malaikat jibril dalam hati dalam bahasa Arab kerana Nabi diutus di tanah Arab. Hikmah diturun secara berperingkat sebagai membuktikan Al Quran bukan datang dari Nabi SAW.
Diceritakan kisah orang yahudi yang menanya beberapa soalan pada Nabi Muhamad SAW. Antaranya berkaitan dengan roh. Yahudi tersebut bertanya sekadar nak test walaupun telah tahu jawapan. Soalan bab roh hanya diketahui Allah SWT. Nabi menjawab Insya Allah aku akan bagi jawapan esok. Namun begitu, wahyu tak turun selama 15 hari. Jawapan Allah pada Yahudi tadi roh adalah urusan Allah. Namun begitu, Yahudi itu tetap tak masuk Islam kerana kedegilan mereka.
Banyak nya nama Al Quran menunjukkan kemuliaan satu perkara tersebut. Seperti nama nama Allah dan nama Nabi Muhammad SAW juga banyak. Begitu juga Al Quran disebut sebagai Al Kitab, inilah kitab yang tidak ada syak akan kesempurnaan menjadi petunjuk pada orang bertaqwa.
Kedua Al Furqan. Dalam surah Al Imran ayat 4. Al Quran sebagai pembeza antara yang hak dan bathil. Yang benar dan yang salah.
Sifat Al Quran sebagai Al Huda petunjuk. Umat Islam lemah kerana kita meninggalkan Al Quran. Umat Islam tak akan sesat selagi berpegang pada Al Quran dan menjadikan Al Quran sebagai petunjuk.
Ketiga nama Al Quran iaitu Al Mau’idhah. Nasihat atau peringatan. Al Quran bukan hanya berkenaan hukum hakam sahaja tapi terdapat kisah umat terdahulu untuk dijadikan peringatan supaya kita menjauhi perbuatan tersebut. Sebagai contoh kisah kaum Nabi Lut yang dihapuskan. Hari ini golongan LGBT ini muncul semula dan tak mahu ambil pengajaran. Kehidupan mereka diiktiraf di sesetengah negara. Nabi suruh halau golongan ini dari rumah kerana malaikat tak turun.
Al Quran juga dikenali sebagai An-Nur dalam An Nisa ayat 174. Cahaya kebahagiaan hidup di akhirat. Kita orang Islam tak habis setakat dunia sahaja. Kita akan dihidupkan di akhirat untuk pembalasan akan apa yang kita lakukan ketika di dunia.
Kelima Balagh membawa petunjuk dan khabar gembira. Balasan atau ganjaran untuk orang yang beriman. Kerana pada awal kedatangan Islam, umat Islam berhadapan dengan tekanan. Jadi Al Quran memberi motivasi kepada mereka supaya terus berusaha berjuang menegakkan agama.
Al Quran juga Adz Zikr kami yang menurun dan akan memelihara dan menjaganya. Al Quran datang dari Allah maka Allah yang akan menjaganya dari penyelewengan.
Al Quran sebagai penghidup hati. Al Quran datang dari Allah. Bukan kata kata Nabi. Orang Arab banyak soal. Mereka gelar Nabi sebagai penyair sedang Nabi tidak tahu membaca dan menulis. Sifat ummi yang ada pada Rasulullah adalah merupakan sifat kemuliaan baginda. Ianya juga membuktikan Al Quran bukan rekaan Rasulullah tapi wahyu dari Allah.
Tujuan Al Quran diturunkan sebagai panduan. Menjadi pembimbing manusia sehingga mencapai darjat Taqwa. Dalam surah Al Baqarah disebutkan sebagai tiada syak akan kesempurnaan Al Quran sebagai perunjuk bagi orang bertaqwa. Allah susun adanya solat sunat supaya kita menjadi orang bertaqwa yang perlu melalui proses yang sangat panjang. Al Quran sebagai panduan hidup di dunia sebagai bekalan di akhirat.
Kita perlu ada rasa insaf dan ingin bertaubat sebelum mati. Perkara yang kita kena ada ialah bertaubat atas segala dosa. Al Quran beri cahaya untuk kehidupan abadi di akhirat. Dunia adalah jambatan ke akhirat tempat bercucuk tanam. Hasilnya dituai di hari akhirat.
Bukan sekadar dibaca tapi juga untuk dihayati. Apa yang perlu dilakukan dengan Al Quran ialah hayati isi kandungan Al Quran dengan bertadabbur. Supaya kita hayati isi kandungan. Kita akan rasa keagungan Allah bila mengetahui tahu kisah umat terdahulu.
Dalam bulan Ramadhan jangan lupa untuk membaca Al Quran. Rugi jika masuk Ramadhan tak berkesempatan baca Al Quran. Adakah luar Ramadhan kita mampu baca. Jadikan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk kita berdamping dengan Al Quran. Tenung Al Quran pun dapat pahala. Kalau tak reti, jangan malu untuk belajar Al Quran. Al Quran akan memberi syafaat pada mereka yang sentiasa berdamping dengan Al Quran.
Kalau lepas mati, anak yang ditinggal bergaduh, apa yang nak diharap hanyalah amalan kita sendiri sahaja. Al Quran yang boleh memberi syafaat dan perlindungan pada kita. Jadikan Al Quran sebagai teman karib dan rujukan dalam kehidupan kita. Kembalilah pada Al Quran. Mudah mudahan apa yang dikongsi dapat memberi manafaat. Sama sama jadikan Al Quran sebagai budaya hidup kita.
Sekarang kita masuk sedikit bab resepi. Sambal ikan bilis ini adalah penyelamat dan pembangkit selera ketika saya dan keluarga bercuti ke UK dan Eropah baru baru ini. Sangat sedap dimakan dengan nasi goreng, mee hoon goreng atau dengan roti. Anak anak memuji muji keenakannya. Insya Allah, saya memang berhajat untuk menjadikannya satu produk jualan dari Azie Kitchen.
Sangat mudah dan cepat disediakan. Cuma saya tergoreng garing sedikit cili. Maklumlah tangan penuh dengan kamera untuk update blog, dengan handphone untuk video dan lagi nak mengacau masakan di kuali. Jadi bila anda mencubanya, kena fokus. Jangan macam saya. Tangan ada dua jer tapi macam macam nak buat dalam masa yang sama.
Selain itu, bawang goreng ini sendiri boleh disediakan dan dibuat jualan bawang goreng rangup juga. Sedap dimakan sebagai kudap kudapan pun selain dimakan dengan nasi goreng, mee goreng, mee hoon atau apa sahaja. Memang boleh laku dan laris.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI.
Sambal Ikan Bilis Kering
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
100 gram ikan bilis
100 gram bawang ros India - hiris
8-10 gram cili kering
Gula – dikisar dengan cili kering
Sedikit garam, jika perlu
Minyak masak
Bawang goreng:
1 genggam bawang yang telah dihiris
3 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
½ sudu kecil garam – atau secubit
Bawang yang telah dihiris dibasuh dan ditos. Bawang hiris digaul dengan tepung gandum, tepung jagung dan garam sejurus sebelum dimasukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Kirai kiraikan supaya tepung melekat rata pada bawang dan tidak terlalu tebal. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Ikan bilis dibasuh dengan air dan ditos tapi jangan sampai kering. Satukan dengan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dengan ikan bilis dan digaul rata sambil dikirai kirai. Biarkan selama 30 minit. Goreng sehingga garing dan rangup.
Akhir sekali, cili kering digoreng sehingga garing tapi jangan sampai hangus. Angkat dan dikisar kasar dengan sedikit gula. Jangan sampai hancur tapi seperti flake sahaja.
Gaulkan semua ikan bilis, bawang goreng, cili kisar, gula dan garam sehingga sebati. Selepas beberapa ketika, cili akan meresap dan warna akan menjadi cantik.
Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Sedap dimakan dengan nasi, mee hoon, roti atau apa sahaja.
Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Untuk Business"
Add your comment