Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama

Rendang Ayam

Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya, kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam. Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang. Seperti bisa, kita masuk dulu bab tazkirah. Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini di surau tempat saya bekerja.

Tazkirah Ustaz Abu Jihad berkenaan hari hari akhir Ramadhan serta amalan sunat menjelang hari raya Aidil Fitri. Ada baki 4 hari lagi, kena pecut lagi laju. Dalam bulan Ramadhan Allah tak nak satu saat pun kita tak dapat pahala sehingga ketika tidur pun dapat pahala. Tidur sebab penat berpuasa. Diam orang berpuasa juga diberi pahala seolah sedang bertasbih. Sebab penat puasa hingga dia diam tak bercakap. Jadi dia diberi pahala. 

Dalam satu bulan Ramadhan adalah anugerah dari Allah dimulai rahmah, kedua maghfirah iaitu keampunan dan pengakhirannya adalah dibebas api neraka. 3 benda ini adalah intipati Ramadhan supaya bila kita keluar dari Ramadhan kita dapat paling banyak rahmat dan paling banyak Allah ampun dosa. Kalau boleh bersih seperti bayi. 

Kena pastikan bila keluar dari bulan Ramadhan kita, dijauhkan dari api neraka. Nabi ajar supaya kita berdoa minta dijauhkan dari neraka. Betapa penting nya jauh dari api neraka. Belum lagi bab azab tapi bab bunyi pun dah menggerunkan. Nabi dan sahabat mendengar bunyi jatuh berdentum dan Nabi bertanya apa yang kalian dengar tadi. Kata Nabi itulah bunyi sebiji batu yang dibaling dari puncak neraka dah sampai ke dasar neraka. Bila bunyi kuat bermakna ia dicampak dari tempat tinggi. Bila batu tersebut dicampak dari puncak? Ia dicampak dari puncak neraka sejak 70 tahun lalu. Bayangkan betapa dalamnya neraka sehingga 70 tahun baru sampai ke dasarnya. Itu baru berita betapa dalamnya neraka. Belum lagi cerita bab azab neraka. Azab neraka yang paling ringan ialah pakai terompah api neraka, menggelegak otak. Jauh kaki dengan otak tapi tetap menggelegak. Tiada azab yang lebih ringan dari itu. 

Bila masuk neraka, tak ada orang berani nak tarik atau selamatkan kita. Api dunia pun orang tak berani nak selamatkan. Ingat dulu kes kemalangan di lebuhraya di mana lari tangki telah melanggar lori yang sedang berhenti. Ianya menyebabkan lori terbakar dengan pemandunya sekali. Walaupun ramai yang melihat, tiada yang berani menolong. Yang ada hanya merakam video beliau yang sedang menjerit jerit meminta ditolong sahaja. Apa lagi api neraka. 

Jadi kena bermuhasabah sebelum tidur setiap malam, apakah amalan yang aku buat lepas aku tidur yang boleh menyelamatkan aku dari api neraka ya Allah. Para sahabat tak ada yang akan masuk neraka, pun mereka selalu bertanya pada Nabi apa kah amalan yang boleh selamatkan dari api neraka. 

Apa dia amalan itu yang boleh bantu kita di akhirat. 2 amalan seperti berikut: Pertama syafaat Al Quran. Al Quran akan jadi pembela pada orang yang bersahabat dengan Al Quran. Walau macam mana baik dan loving pun kita dengan pasangan, belum tentu dia akan membantu kita di akhirat. Di akhirat, silap silap pasangan kita akan tuntut pahala dari kita. Tapi Al Quran akan tolong kita. Allah simpan syafaat Al Quran untuk kesannya dari pahala boleh tolong kita di akhirat. Jadi kita sekarang mungkin tak rasa kesan bacaan Al Quran selain dari memberi rasa tenang. Biar Ramadhan jadikan kita seronok dengan Al Quran. 

Kedua, syafaat dari sedekah. Sedekah juga akan jadi pembantu kita. Di dunia, sedekah menjadi sebagai benteng dari sebarang bala. Allah halang dari bencana. Di akhirat sedekah akan menjadi benteng dengan api neraka. Allah ringankan dan permudahkan urusan hidup kita. Sebab tiap hari Allah hantar 2 malaikat yang akan doakan kebaikan dan doakan keburukan buat kita. Bila jadi pemurah, akan didoakan kebaikan. Bila hari tu kita jadi orang kedekut, maka kita didoakan kecelakaan. Doa malaikat Allah tak tolak. 

Kedua, sedekah akan meringankan masa sakaratul maut. Mati itu sakit. Rasulullah pun sakit walaupun ketika malaikat nak ambik nyawa baginda, malaikat minta izin terlebih dahulu. Akhir sekali, sedekah akan meringan dan kemudahan ketika dihitung di hadapan Allah. Di hadapan Allah, kita seperti orang berada di kandang orang salah seperti mahkmah dunia. Kita akan cari amalan amalan yang boleh tolong selamatkan dari api neraka. Jadi perbanyakkan lah bersedekah di akhir Ramadhan ini. Boleh keluarkan zakat pendapatan ketika bulan Ramadhan untuk mengambil kesempatan pahala berganda.

Jangan sesekali meninggalkan solat Terawih. Biar habis sekali dengan iman. Barulah dapat pahala seolah beribadah sepanjang malam. Kalau malam tersebut kebetulan dengan Lailatul Qadr, kita dapat seolah ibadah 1000 bulan. Kena anggap Ramadhan terakhir. 

Bab beraya pulak juga ibadah. Malam raya bermula Maghrib dah masuk 1 Syawal. Malam raya adalah termasuk malam yang mustajab doa. Malam lain ialah malam jumaat, malam nisfu syabaan, malam lailatul qadr, malam aidil fitri dan malam hari raya aidil adha. Kena perbanyakkan berdoa pada malam malam tersebut. 

Apa yang sunat dilakukan. Sunat melaungkan takbir setelah anak bulan syawal kelihatan. Tahu jer terus takbir sehingga selesai solat Aidil Fitri. Bayar zakat fitrah. Paling afhdal ialah sebelum solat raya. Itu sebab solat raya aidil fitri dilewatkan. Sunat malam raya berzikir dan solat tasbih. Sunat mandi dengan niat kedatangan hari raya sebelum ke masjid. 

Sunat pakai bau bauan yang harum bagi lelaki. Orang perempuan cukup sekadar bauan untuk hilangkan bau kurang enak. Membersihkan diri, buang bulu, potong kuku dan pakai pakaian yang elok menutup aurat. Pakaian raya jangan lah menyebabkan kita kena bakar balik dari api neraka. Sunat makan sedikit pada pagi sebelum ke masjid. Makan sekadar membezakan hari puasa dan hari raya yang boleh makan di siang hari. Solat raya. 

Sunat ke masjid untuk solat raya. Balik dari masjid disunatkan mengikut jalan lain untuk mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minkun". Apa apa kita buat seperti open house, di niat untuk ibadah untuk menyebarkan salam, bagi makan pada orang dan niat untuk menyambung silaturrahim. Namun begitu, jangan ada maksiat dalam majlis itu. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat...

Rendang Ayam

Rendang ayam ini sangat versatile. Boleh dimakan dengna apa sahaja. Nasi putih, nasi lemak, nasi impit, mee hoon, lemang dsb. Jadi tak perlu tunggu raya pun, boleh masak rendang. Insya Allah untuk raya ini, saya akan menyediakan rendang ayam versi Bonda Mertua saya di SINI

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Rendang Ayam

Rendang Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg santan segar
2 senduk nasi cili kering kisar - ikut pedas disukai
1 -2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris halus
Garam
Gula Melaka
Gula

Bahan hiris:
8-10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia

Bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga agak agak cili masak. 

Rendang Ayam

Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga bahan tumis terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam kecut dan air ayam kering. 

Rendang Ayam

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan terbit minyak. 

Rendang Ayam

Masukkan gula, gula Melaka, garam dan asam keping. Kemudian masukkan kerisik. 

Setelah hampir masak, taburkan daun kunyit. Tutup api bila kuah rendang sesuai dengan kesukaan masing masing. 

Rendang Ayam

Jika untuk dimakan dengan nasi, saya suka rendang yang basah dan berkuah. 



Catat Ulasan for "Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama"