Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Daging Pekasam Dengan Beras Nagasari Import ERA

Nasi Goreng Daging Pekasam

Terima kasih kepada follower yang membaca catatan perjalanan percutian United Kingdom dan Eropah 2019 saya. Hari ini saya ingin selitkan entri masakan. Nasi goreng adalah antara masakan kesukaan keluarga saya. Sepanjang bercuti ke UK dan beberapa negara Eropah baru ni pun, saya menyediakan nasi goreng. Nasi goreng sangat mudah disediakan dan boleh dipelbagaikan  rasanya dengan mengunakan ramuan yang tersedia. 

Kali ini saya menyediakan nasi goreng daging pekasam menggunakan daging pekasam. Kebetulan saya diberikan 2 pek daging pekasam daging merecik oleh follower saya. Haa ini adalah salah satu idea nasi goreng yang boleh anda cuba. 

Nasi Goreng Daging Pekasam

Kali ini juga saya mencuba nasi menggunakan beras Nagasari Import ERA. Gred super import, beras putih yang dibungkus oleh BERNAS. Harga nya sangat berpatutan. Nasi nya sangat lembut dan berwarna putih. Faktor nasi putih yang digunakan juga adalah penting dalam menyediakan nasi goreng. 


Di samping itu, nasi putih untuk dimasak nasi goreng seeloknya dimasak sebelum kita tidur. Jadi di bulan Ramadhan nanti, kita boleh masak nasi sebelum tidur. Bangun waktu untuk bersahur, tinggal digoreng sahaja dapat makan nasi goreng panas panas. 


Jom layan resepi nasi goreng pekasam yang saya sediakan di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI


Nasi Goreng Daging Pekasam

Nasi Goreng Daging Pekasam

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih - 3 pot beras Nagasari Import ERA
1 pek daging pekasam
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar cili kering kisar
4 tangkai cili padi - tumbuk kasar
2 biji telur
Brokoli 
1 batang karot - potong dadu
Garam
Minyak masak - untuk menumis

Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah yang dihiris sehingga wangi. 

Masukkan pula cili kisar sehingga cili garing dan masak. 

Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging pekasam masak. Masukkan sedikit air. 

Nasi Goreng Daging Pekasam

Masukkan karot dan brokoli sehingga separuh layu. 

Nasi Goreng Daging Pekasam

Ketepikan dan tuang telur. Bila telur hampir mengeras, baru dikacau rata. 

Nasi Goreng Daging Pekasam

Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan sedikit garam. Kacau dan sedia untuk dihidangkan. 


Taburkan daun bawang sebagai hiasan serta bawang goreng. 

Nasi Goreng Daging Pekasam


6 ulasan for "Nasi Goreng Daging Pekasam Dengan Beras Nagasari Import ERA"

  1. Ramadhan kareem!
    Selamat berpuasa buat k. Azie sekeluarga.

    Tak pernah lagi makan daging pekasam. Kalau ikan pekasam memang favourite time bersahur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa puan. Ya sama dg saya kalau bersahur kena ada makanan yang berperisa sedikit seperti ikan bilis goreng ke atau ikan kering goreng ke. Baru berselera nak makan.

      Padam
  2. Another super sedap recipe from you, Kak Azie! I would like to take this opportunity to wish Kak Azie and family Selamat Berpuasa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much dear. Have not heard from you for quite sometime. I was so busy with my routine work. Luv u

      Padam
  3. Selamat Berpuasa kak Azie dan keluarga.
    Seronok mengikuti cerita perjalanan kak Azie ke Eropah. Cemburu dan gembira kak Azie antara keluarga bertuah dapat mengembara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa sis. Saya doakan agar suatu hari puan juga diberikan masa dan rezeki utk mengembara ke sana. Sangat menarik puan

      Padam