Gulai Udang Nenas Tumis Darat
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah yang wajib anda mencubanya iaitu Gulai Udang dengan Nenas Tumis Darat. Tapi sebelum tu, kita berpesan pesan dengan peringatan maklumlah manusia mudah lupa. Saya sendiri mencari peringatan peringatan begini.
Cara untuk kita ketuk Pintu RAHMAT Allah ialah dengan bersungguh-sungguh melakukan apa yang Allah suruh dan bersungguh-sungguh meninggal apa yang Allah larang. Moga dengan itu, Allah KESIAN pada kita dan beri kebaikan di dunia dan akhirat buat kita, menjauhkan kita dari azab neraka dan memasukkan kita ke dalam Syurga.
Kita ambil contoh. Macam orang ketuk pintu rumah kita minta sedeqah. Kerana kesian melihat anak kecilnya atau melihat a yang terlalu tua, kita terus memberi bantuan pada nya tanpa banyak soal.
Jadi begitu kita dengan Allah. Pohon rahmat dan keampuanan dari Allah. Mudah mudahan kita diampunkan segala dosa, dihapuskan dan tidak dihitung segala rekod dosa dan kejahatan dan dikurniakan syurga Firdaus. Aameen. Semuanya boleh dengan RAHMAT Allah.

Kalau di Kelantan, kami biasa dengan daging gulai darat atau dipanggil juga sebagai gulai raja berangkat. Bahan bahan di tumis di luar dan dituang ke dalam gulai selepas gulai masak dan secukup rasa.
Serious sangat sedap. Bukan sahaja saya tapi anak anak menantu semua makan menambah nambah udang dengan kuah yang digaul dengan nasi putih. Digandingkan pula dengan ikan kering gelama, memang sangat win.
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....
Gulai Udang Nenas Tumis Darat
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram udang
1/2 - 1 biji nenas
1 pek 24 gram serbuk kari udang
1/2 kg santan
Garam
Gula
Bahan tumis:
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar halba campur
1 tangkai daun kari
3-4 tangkai cili kering - potong
Cara cara:
Masukkan air ke dalam periuk bersama serbuk kari dan nenas. Masak sehinggga mendidih untuk hilangkan bau rempah dan nenas hampir lembut.
Masukkan pula udang. Masak lagi sehingga nenas masak. Tuang air secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan gula. Masak sehingga mendidih sekali lagi dan kuah sedikit pekat. Sesuaikan rasa.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
Tuang bahan tumis ke dalam periuk udang tadi dan tutup dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma harum dan tutup api.
Setelah beberapa minit, buka penutup periuk dan kacau rata.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Kalau guna nenas, tak perlu letak asam jawa.
Catat Ulasan for "Gulai Udang Nenas Tumis Darat"
Add your comment