Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Ikan Merah Padang

Gulai Ikan Merah Padang

Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tempat saya bekerja hari ini menyentuh bab kehebatan ibadah puasa yang merupakan satu hal yang cukup luar biasa. Puasa sifatnya tinggal. Tinggal makan, tinggal minum dsb. Ibadah lain kena buat. Kena solat dsb. Tinggal menyebabkan berlaku pertembungan antara jiwa, nafsu dan kehendak iman.

Puasa membentuk peribadi yang boleh membina ke arah lebih baik. Orang puasa ada disiplin. Disiplin waktu dan masa. Tak ada waktu manusia makan serentak sedunia kecuali ketika berbuka puasa. Kita akan tengok jam paling banyak 30 minit terakhir. Nabi menyebut puasa dimulai dengan sahur dahulu. Pukul 5.00 sebelum masuk waktu Subuh, kita telah bangun awal untuk solat, masak sahur dsb.

Sahur ialah satu waktu paling premium. Waktu terbaik dalam kehidupan manusia. Rasa tenang. Waktu orang soleh sedang munajab pada Allah. Astaghfirullahal adziim. Bila dicampur sahur dengan ibadah akan jadi sahur yang barakah. 

Waktu terbaik untuk bermukadimmah mengadap Tuhan di awal pagi. Ya Allah berkat lah aku dengan apa yang Engkau kurniakan. Orang hebat di mukabumi ini membuat sebarang action waktu pagi. Waktu seperti ini mereka membina hidup dengan jaya. Orang hidup yang sihat ialah orang yang hidupnya seimbang. Cukup setakat ini, kita masuk sedikit bab resepi dan masakan pula.

Setiap kali masuk Restoran Nasi Padang, saya pasti rambang mata untuk memilih lauk pauknya. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Antaranya yang saya suka ialah gulai ikan yang berwarna kekuningan seperti gulai lemak di tempat kita. Pastinya gulai lemak lah, yang dipanggil dengan panggilan gulai di Indonesia.

Teringat semasa ke rumah sahabat baik saya di mana beliau menghidangkan rendang daging sedap yang diberitahu dimasak oleh saudara beliau dari Padang. Jadi bila teringat hal ini, saya terus menghantar message meminta ditanyakan resepi rendang daging dan juga gulai ikan

Gulai Ikan Merah Padang

Kebetulan pula, di dalam peti ais ada seekor ikan merah yang dibekalkan oleh Barang Dapur Basah dari Instagram @barangdapurbasah yang telah siap dibersihkan dan dipack dengan kemas sekali. 

Biasanya kalau ikan merah, asyik memasak sup ikan atau kari atau asam pedas. Jadi untuk mengubah selera, saya hari ini cuba memasak gulai Padang ikan merah.

Jom layan resepi yang dikongsikan oleh saudara sahabat saya yang memang tinggal dan berasal dari Padang, Indonesia. Semoga beliau diberikan pahala dari perkongsian ini. Saya juga menyediakan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jom pakat ramai ramai mencubanya... 


Gulai Ikan Merah Padang

Gulai Ikan Merah Padang 

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah
1 biji kelapa - santan
2-3 helai daun salam 
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 batang serai - ketuk
Belimbing buluh - atau asam keping

Bahan kisar halus:
8 ulas bawang merah  
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - saya guna 2 sudu besar cili kisar
1 ruas jari halia
1 ruas jari kunyit

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dengan santan. Masak sambil terus dikacau dengan api perlahan. 

Gulai Ikan Merah Padang

Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan. 

Gulai Ikan Merah Padang

Setelah mendidih lagi dan ikan masak, masukkan santan pekat, garam dan asam keping, jika tiada belimbing buluh. 

Gulai Ikan Merah Padang

Gulai Ikan Merah Padang

Catat Ulasan for "Gulai Ikan Merah Padang"