Daging Masak Kong Boh
Sambungan lagi petikan Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tempat saya bekerja. Kali ini Mufti menjawab soalan yang dikemukakan berkenaan dengan pahala bersedekah.
Pahala mungkin tidak sama antara satu amalan dengan satu amalan yang lain. Dalam Islam satu sedekah boleh dapat ganjaran pahala sebanyak 700. Namun begitu, Allah boleh bagi lebih dari 700 pahala. Sebagai contoh, ada orang yang dalam poketnya hanya ada RM10 akan rasa berat untuk memberi sedekah walaupun hanya RM10 berbanding orang yang dalam poket mereka menpunyai duit RM500. Kalau dilihat di dalam kes ini, pahala bagi mereka yang hanya menpunyai RM10 dalam poket mungkin lebih besar.
Diberikan juga contoh di mana pahala amalan sunat yang lebih hebat dan besar dari amalan wajib. Contoh, memberi salam adalah sunat tapi menjawab salam adalah jatuh sebagai wajib. Tapi memberi salam walaupun amalan sunat, tetapi ianya adalah lebih baik. Kerana bila tak diberi salam, tak boleh pula hendak menjawab salam.
Lagi satu bab salam ialah bila diberi salam bermakna orang telah mendoakan kesejahteraan buat kita. Jadi kita kena jawab salam dengan bersungguh sungguh, barulah doa di Aameenkan oleh Malaikat. Semoga apa yang saya kongsikan ini memberikan kita manafaat dan ganjran pahala yang mana ianya adalah satu satunya medium transaksi selepas kita meninggal. Ketika itu, tiada lagi wang ringgit atau emas permata yang laku untuk digunakan.

Hari ini saya ingin kongsikan satu lauk yang namanya sangat unik iaitu Daging Masak Kong Boh. Lauk daging yang paling jarang saya dengari tapi sangat unik. Ianya bukan sahaja mudah dibuat malahan sangat sedap.
Secara asasnya ialah adalah resepi daging yang diperap dengan kicap dan kemudian dimasak dengan pelbagai kicap dan sos. Ditulis sebagai gerenti sedap. Itu yang membuatkan saya sangat teruja untuk mencubanya.
Saya guna pelbagai kicap keluaran Mahsuri seperti kicap masin, kicap lemak manis dan kicap manis pedas. Kalau ada kicap pekat, boleh masukkan sedikit masa memerap daging. Haaaa pelbagai jenis kicap tu. Perap daging semalaman atau beberapa jam. Sos juga saya guna sos Mahsuri seperti sos tiram dan sos tomato.

Saya suka lauk ini. Lauk yang tidak susah susah untuk menyediakannya. Hahaha ya lah saya dah lama tiada pembantu rumah. Jadi kalau banyak bahan yang nak disediakan, maka masa di dapur juga lebih lama. Rasa daging masak Kong Boh ini sangat sedap pada selera saya.
Jom layan resepi serta video cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jika tidak suka daging, boleh juga menggantikan dengan ayam. Selamat mencuba...
Jom layan resepi serta video cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jika tidak suka daging, boleh juga menggantikan dengan ayam. Selamat mencuba...
Daging Masak Kong Boh
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
400 gram daging batang pinang
4 ulas bawang putih - cincang
4 biji bawang merah - dicincang
1 biji bawang besar - potong dadu
1 inci halia - dihiris nipis
6 tangkai cili kering - kerat 3
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Bahan sos:
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis pedas
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Cara cara:
Perapkan daging dengan kicap pekat dan biarkannya semalaman dalam peti sejuk agar ia diserap sebati. Saya guna kicap lemak manis dan kicap manis pedas.
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan biarkannya selama 5 minit dan tambahkan halia dan cili kering.
Biarkan daging tersebut dimasak lagi 5 minit atau sehingga daging nampak separuh masak.
Selepas itu, masukkan kicap, sos tiram dan kicap masin serta bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
Catat Ulasan for "Daging Masak Kong Boh "
Add your comment