Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Kulat Sisir
Saya tidak pasti dengan orang lain. Tapi beberapa tahun kebelakangan ini, saya memang sentiasa bercakap sendirian. Bila hati terdetik perkara negatif, spontan dalam hati atau mulut akan terpacul membalas dengan peringatan seperti "tak baik tau". Mungkin faktor kestabilan agaknya menyebabkan saya lebih memahami keadaan orang yang tidak berapa bernasib baik. Atau kerana saya sendiri pernah merasa kesusahan semasa baru baru membina kehidupan. Hati akan sentiasa berkata, kesian dia bila melihat orang yang dalam kepayahan.
Atau bila hati terasa geram atau sakit hati dengan peristiwa lalu, saya akan berkata, biar jer. Saya memang sebaik mungkin ingin menolak dari memikirkan unsur negatif dalam fikiran saya. Saya ingin menjalani hidup yang lebih mudah dan berbaik sangka sahaja.
Saya rasa dengan cara ini hidup akan lebih aman tanpa perlu melayan perasaan. Kalau dulu, saya memang suka melayan perasaan marah, geram dsb. Apa sahaja yang pernah orang perlakukan pada saya, saya dapat mengingatinya. Kerana apa? Kerana saya melayan untuk terus mengulit perasaan tersebut. Semoga saya akan terus berfikiran positif masa kini dan selamanya. Sedikit masuk bab ujian dan musibah sebelum kita masuk cerita resepi.
Bila seseorang sakit, sebenarnya ada 2 perkara yang Allah hendak beri. Pertama ialah Allah bagi sebagai kafarah kerana hidup di dunia tak akan terlepas dari buat silap dan dosa. Yang mana satu kita mahu, keampunan ketika kita masih hidup di dunia atau selepas mati di akhirat kelak? Pastinya lebih baik jika kita diberi keampunan ketika kita masih hidup. Sepatutnya bila lama tak sakit, kita akan susah hati. Orang yang tak pernah sakit ialah Firaun.

Kedua bila kita sakit kita akan ingat pada siapa? Allah hendak meninggikan kemuliaan dan darjat kita. Patut sebelum pergi klinik, kita perbanyakkan doakan pada Allah supaya diberi kesembuhan. Patut kita akan sentiasa ingatkan Allah.
Jadi ianya akan mendekatkan diri pada Allah. Mati kerana sakit bukan kehinaan. Walaupun kelihatannya penyakit contoh seperti penyakit kusta itu adalah penyakit hina tapi ianya adalah tanda Allah memberi keampunan dan syurga selagi adanya keimanan pada Allah. Semoga jika kita ditimpa sakit atau musibah, kita akan perbanyakkan bersabar kerana disebaliknya terdapat hikmah dan kemuliaan. Itu tandanya Allah mengasihi.

Sangat sedap lauk hari ini. Kata orang zaman sekarang, sedap giler gitu. Makan dengan kuah banjir walaupun biasanya saya tidak suka makan nasi dengan kuah banjir. Digandingkan pula dengan ikan goreng yang digoreng garing atau ikan kering goreng. Wallaaa sedap tau. Pasti menambah nambah nasi dua atau tiga pinggan. Tak caya? Haa kalau tak percaya, cuba masak sendiri di rumah.
Jom layan resepi di bawah ini dan semoga anda resepi yang dikongsikan. Selamat mencuba...
Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Kulat Sisir
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 cekak pucuk ubi - celur
1 mangkuk kulat sisir
1 sudu besar cili kering kisar
Sedikit ikan bilis - tumbuk kasar
Santan
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
Cara cara:
Rendam pucuk ubi dengan sedikit garam. Lepas itu diramas dan ditos. Panaskan air dan celur pucuk ubi. Angkat dan tos airnya.
Masakkan santan cair, bahan kisar, ikan bilis dan kulat sisir sehingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi. Kacau rata.
Setelah mendidih lagi, masukkan santan pekat.
alahai ni feveret sgt2 ni dgn opah dulu... dlu kutip kulat sisir ni dgn opah kt area umh je
BalasPadam