Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Walaupun telah lama tahu akan tarikh dan masa persaraan tapi saya tidak memikirkan dengan serious bab menguruskan kewangan selepas bersara. Hmm agaknya seperti mana kita tahu akan menghadapi saat kematian tapi tidak berusaha untuk membuat persediaan menemuinya. Agak nya lah. 

Cuma kebelakangan ini, saya mula memikir dan membuat perancangan bagaimana untuk menyediakan serta menguruskan kewangan dengan baik. Di mana saya mahu menyimpan dan melabur. Maklum sebaik habis belajar, saya telah biasa memegang duit sendiri. Apa hendak dibeli, saya hanya beli tanpa memikirkan apa apa. Tapi bila tiada lagi income, saya harus mengubah lifestyle dan gaya hidup.

Jika selama ini membeli fabrik untuk baju RM700-800 semeter, tiada masalah tapi selepas ini, kena beli fabrik lebih murah. Jika selama ini hanya melihat lihat untuk membeli handbag berpuluh ribu, tapi selepas ini mungkin tak boleh lagi tengok Instagram yang menjual handbag. 

Inilah yang paling mencabar sebenarnya. Cabaran untuk mengubah gaya hidup. Sejak dari zaman universiti, saya telah terbiasa menempah baju di Jalan Bangsar dengan upah RM30-45 sedang di kala itu, tailor biasa hanya mengambil upah sekitar belasan ringgit.  

Suami dan anak anak cukup mengenali saya yang membeli sesuatu kerana harga dan bukan sesuatu yang cantik. Pastinya saya masih mampu membeli tapi kewangan yang ada perlu diuruskan dengan sebaiknya. 

Inilah dugaan sebenar buat diri saya selepas bersara. Tiba tiba saya terasa takut, takut untuk melalui perubahan. Tidak mudah untuk mengubah sesuatu yang memang telah sebati dengan diri. Ianya sesuatu yang menyakitkan. 

Saya sekarang di dalam fasa memujuk diri untuk melihat selain dari harga. Saya selalu berkata sendirian, hmm tidak ada beza tudung bawal kristal swaroski aku yang berharga ratusan ringgit dengan tudung bawal batu tiruan berharga RM10. Kelihatan lebih kurang sahaja. Hanya semata mata kepuasan diri kerana tahu apa yang saya pakai adalah yang berkualiti. Saya tidak berniat untuk riak dengan catatan ini kerana jika follower mengikuti blog saya dari dulu, pasti anda faham citarasa saya. Mudah mudahan segalanya dapat berjalan dengan baik. Aameen.

Hari ini saya menyediakan Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung Salai bersama Kulat Sisir. Ayam kampung salai dari @dagingsalaicikyah memang sangat beraroma daging salai kerana ianya dibakar menggunakan kayu pokok rambutan, tempurung kelapa dan pelbagai bahan semulajadi. 

Saya sangat kagum dengan Wanie dan Nid yang mengusahakan perniagaan daging salai ini bersama keluarga. Jadi jika anda ingin merasa daging salai mereka, boleh membuat tempahan dengan WhatsApp 012 6625667. Atau boleh DM di Instagram mereka @dagingsalaicikyah.  


Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Saya gandingkan ayam kampung salai dengan kulat sisir yang dibawa dari Kelantan yang masih berbaki. Kulat sisir yang besar dan cantik itu dikeringkan. Sebelum diguna, ianya direndam dengan air garam. Selepas direndam, ianya masih segar dan elok.  

Sejak kebelakangan ini memang sangat suka makan masak lemak cili api. Lemak kuahnya sangat sedap bila digaulkan dengan nasi putih panas panas. Aduhai memang sangat sedap. Cukup digandingkan dengan telur masin atau ikan kering sahaja. Kulat sisir ni dah kira sayuran. Lengkaplah sepinggan nasi dan lauk buat saya. 

Jom layan resepi yang saya kongsikan semula di bawah ini. Masak lemak cili api Nogori ni cukup senang. Hanya menggunakan cili api dan kunyit hidup sahaja. Pendek kata boleh jimat kos kerana tidak perlu menggunakan bawang. hahaha. 

Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 


Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dg Kulat Sisir

Bahan bahan:
1 ekor ayam kampung salai 
1 biji kelapa - santan pekat 
1 batang serai - ketuk
Garam
2 keping asam keping

Bahan kisar:
20 tangkai cili padi - ikut suka pedas
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Ayam dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan masing masing. 

Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Masak  bahan kisar sehingga kering. Masukkan santan cair dan kacau rata. Masukkan ayam kampung salai dan biarkan sehingga ayam masak.


Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Setelah mendidih, masukkan kulat sisir yang telah direndam dengan air garam dan ditos. Masak sehingga kulat masak.


Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Masukkan asam keping. Masak sehingga mendidih lagi.

Masukkan santan pekat dan kacau rata sehingga mendidih supaya kuah tidak pecah minyak. Masukkan garam. Sesuaikan rasa dan sedia untuk diangkat dari dapur.



Catat Ulasan for "Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir"