Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Selamat Tahun Baru Cina buat semua masyarakat Cina yang menyambutnya hari ini. Semoga anda semua akan dilimpahi dengan segala kebahagiaan. Sebelum masuk bab masakan, saya ingin ceritakan sedikit bab lagu yang memaparkan kisah cinta.

Saya tidak menonton Anugerah Juara Lagu AJL walaupun saya berada di depan televisyen ketika ianya bersiaran. Saya hanya berada di depan televisyen selama beberapa minit, bukan menonton tapi sambil membaca mesej di  handphone. Kemudian saya bangun dan terus naik ke bilik. 

Saya cuma melihat sedutan persembahan Sufian Suhaimi dua hari selepas itu melalui Instagram yang memang membuatkan saya sangat terasa dengan penghayatan beliau. Rasanya jika mendengar live di konsert tersebut, pasti rasa lagi meremang. 

Saya tidak berniat untuk mengulas mengenai AJL atau kisah Sufian. Tapi sesiapa yang pernah mengalaminya akan tahu bagaimana rasanya kesakitan dilukai oleh orang yang sangat dicintai. Terkedu hilang suara, tidak mampu mengungkap sebarang kata. Seluruh anggota badan kaku dan beku. Mata berpinar dan seolah diri melayang jauh meninggalkan dunia ini. 

Persembahan Sufian Suhaimi cukup menyentuh bagi mereka yang pernah mengalaminya bila pelamin yang diangankan musnah begitu sahaja. Penceritaan melalui airmata sahaja yang mampu mengungkap apa yang dirasai. Di dalam doa masih mengharapkan dia kembali walaupun ianya sesuatu yang mustahil untuk berlaku di kala itu. 

Walaupun berdekad telah berlalu, saya tidak pernah melupainya. Masih terasa hinanya diri menagih dan mengemis cinta. Cinta remaja yang tidak mungkin kembali kecuali takdir Allah semata. 

Penceritaan ini tidak akan pernah habis, derita ini tidak akan mungkin hilang sehingga diri saya tiada lagi di dunia ini. Walaupun cerita sebenarnya berakhir dengan happy ending. huhuhu masih tak boleh move on the trending lagu Di Matamu Sufian Suhaimi dalam AJL.


Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Setelah membaca komen seorang follower di Instagram selepas melihat iklan isi ikan kurau dari Sabah, saya terus rasa teringin nak makan masak lemak ikan kurau dengan nenas. 

Kadang kadang komen atau pun tayangan lauk pauk dan resepi dari rakan rakan IG memberikan idea untuk memasak. Bab ini memang menjadi sedikit masalah pada para wanita bila memikirkan mahu memasak apa, mahu membeli bahan apa. Betul tak? 

Lauk lauk masak lemak ikan masin dengan nenas memang antara lauk yang tidak pernah jemu dinikmati. Saya suka rasa kuahnya yang masin masin dan juga manis manis nenas. Terasa sangat sedap bila digaul gaul dengan nasi putih panas panas. 

Kalau nasi berlauk pagi di Kelantan, memang dimasukkan juga ikan kering plater yang digulai bersama dengan kacang panjang atau timun. Dimakan dengan sambal nasi berlauk. Aduhaai sedapnyer. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Bahan bahan:
1 pek isi ikan kurau masin
¾ biji nenas
1 batang serai - ketuk
Garam
Gula
Asam keping

Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar cili kering kisar

Cara cara:
Panaskan bahan kisar sehingga kering airnya dan bahan kisar masak. 

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Masukkan santan cair dan serai. Masak sehingga kuah mendidih. 

Masukkan ikan masin dan nenas. Kacau rata sehingga mendidih lagi. Masukkan santan pekat. 

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Masukkan asam keping, garam dan gula setelah dirasa terlebih dahulu kerana nenas menpunyai rasa masam dan ikan menpunyai rasa masin. 

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas

Setelah mendidih dan kuah telah cantik, bolehlah ditutup api. Kacau lagi beberapa minit selepas ditutup api untuk mengelakkan kuah berketul. 

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas



Catat Ulasan for "Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nenas"